SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN |
- Mengurus dan menyelaras pentadbiran am seperti surat-menyurat, pengurusan fail dan dokumen, keselamatan dan ruang pejabat.
- Mengurus dan menyelaras berkaitan MyPortfolio, KPI, SKT dan pengurusan risiko.
- Mengurus pembangunan sumber manusia seperti perjawatan, perkhidmatan, latihan, cuti, kemudahan dan lain-lain.
- Mengurus kawalan belanjawan, perolehan, perbelanjaan dan akaun amanah.
- Mengurus tuntutan staf & pelajar.
- Mengurus rekod aset dan inventori.
- Mengurus dan menyelaras berkaitan pembangunan infrastruktur dan kemudahan.
- Mengurus dan menyelaras penyelenggaraan fasiliti.
- Mengurus stor alat tulis dan permohonan cenderamata.
- Mengurus dan menyelaras aktiviti penarafan dan pengurusan kualiti.
- Menyelaras JK Penarafan Bintang.
- Urusan cuti dalam perkhidmatan.
- Urusan keperluan latihan staf.
- Urusan Permohonan Cenderamata dan alat tulis bagi program pelajar.
|
|
SEKSYEN KESEJAHTERAAN MAHASISWA |
- Mengurus dan menyelaras permohonan biasiswa dan pinjaman pelajar.
- Mengurus dan menyelaras kebajikan pelajar pra siswazah dan pasca siswazah.
- Mengurus Tabung Pusingan Kerajaan Negeri.
- Mengurus Tabung Perlindungan Pelajar UPM (TPP)
|
|
SEKSYEN KEPIMPINAN & JATI DIRI |
- Memantau Kesatuan Mahasiswa dalam proses Kelulusan Aktiviti Pelajar.
- Menyelaras urusan Jawatankuasa Parlimen Kesatuan Pelajar
- Menyelaras urusan pilihanraraya kampus (JPMPP).
- Mengurus penyertaan MPP yang terlibat dalam menyertai program-program jemputan luar UPM (agensi kerajaan/swasta dan program ad-hoc).
- Mengurus program berterusan berkaitan aktiviti seperti Parlimen Kesatuan Pelajar, Pilihan Raya Kampus, Kursus Induksi MPP, slot Podcast Pelajar dan lain-lain lagi.
- Mengurus kelulusan aktiviti pelajar
- Mengurus sistem e-merit.
- Menguruskan tuntutan kewangan pelajar.
|
|
SEKSYEN PENGURUSAN KENDERAAN |
- Menyediakan kemudahan kenderaan untuk pelajar dalam kampus dan luar kampus.
- Menyediakan kemudahan kenderaan kepada pegawai dan kakitangan universiti mengikut keperluan.
- Mengawal selia jadual tempahan kenderaan.
|
|
SEKSYEN PEMERKASAAN SENI BUDAYA & WARISAN |
- Merancang dan melaksanakan urusan penerbitan dokumentasi/ makalah/jurnal berkaitan seni budaya kalangan pelajar.
- Merancang pembangunan kemahiran insaniah pelajar melalui aktiviti Seni Budaya dan Warisan.
- Merancang aktiviti yang berimpak tinggi kepada universiti dan pelajar bersama Pusat Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
- Merancang dan memantau pembanguan seni budaya warisan kampus mengikut dasar dan peraturan yang berkuat kuasa.
- Mengurus kursus dan pembelajaran dalam bengkel kesenian.
- Mengurus persembahan kebudayaan dan kesenian dalam dan luar kampus.
- Menyelaras kerjasama dengan Fakulti/ Pusat / Kolej yang menjalankan program berkaitan kebudayaan dan kesenian
|
|
UNIT PEMBANGUNAN SAHSIAH & INTEGRITI |
- Mengurus urusan berkaitan tatatertib pelajar Universiti.
- Menasihat Pusat Tanggunjawab berkenaan isu tatatertib pelajar dan cadangan tindakan yang perlu diambil bagi sesuatu aduan yang diterima berkenaan sesuatu kes tatatertib pelajar.
- Menerima laporan siasatan berkaitan tindakan tatatertib ke atas pelajar dari mana-mana Jawatankuasa Siasatan yang dilantik oleh Naib Canselor Universiti.
- Berkongsi kefahaman melalui taklimat, program atau Townhall dan lain-lain kaedah kepada pelajar Universiti berkaitan AUKU, Perlembagaan, Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Perlajar) dan isu-isu berkaitan.
- Melaksanakan kempen kesedaran disiplin, etika pemakaian dan anti gangguan seksual.
|
|
UNIT PEMERKASAAN PERSATUAN & KELAB |
- Mengurus persatuan dan kelab pelajar merangkumi pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan dan pelaporan aktiviti.
- Mengurus pelaksanaan Kem Pemantapan Organisasi (KPO) Pelajar.
- Mengurus pendaftaran, pindaan dan pembubaran persatuan dan kelab.
- Mengurus pelantikan penasihat persatuan dan kelab.
- Mengurus fasiliti dan pinjaman peralatan di Astaka Seni.
- Mengurus dan menyelaras aktivti Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM.
- Mengurus program berterusan berkaitan program latihan kepimpinan (modul dan lain-lain).
- Mengurus penyertaan dan mengiringi para pelajar yang terlibat dalam menyertai program-program jemputan luar UPM (agensi kerajaan/swasta dan program ad-hoc).
- Pemantauan infrastruktur Astaka Seni.
- Menguruskan AGM dan penubuhan kelab/persatuan.
- Memperkasakan kelab/persatuan dalam pelbagai program berteraskan 11 kluster iaitu Seni Mempertahankan Diri, Sukan Dan Rekreasi, Kepemimpinan, Kreatif, Keusahawanan, Kerohanian, Kebudayaan, Kebajikan, Fakulti, Kolej, Mahasiswa Holistik.
|
|
UNIT PENYERLAHAN BAKAT |
- Merancang, melaksana dan memantau program penyerlahan dan pengiktirafan bakat (inovasi, kebudayaan, kesenian dan pengucapan awam) pelajar.
- Merangka, membangun, menyelaras dan menilai garis panduan berhubung penyerlahan bakat
- Menyelaras penganjuran aktiviti pembangunan bakat seperti pertandingan debat, pertandingan pantun, pertandingan zapin, pertandingan drama, pertandingan teater, pertandingan nasyid, pertandingan bollynatch dan seumpamanya.
|
|
UNIT PERKHIDMATAN & SOKONGAN OKU |
- Membantu dalam penggubalan polisi-polisi berkaitan OKU dalam memenuhi keperluan warga OKU UPM dan pelawat OKU.
- Mengumpul dan memproses maklumat warga OKU UPM.
- Menjadi penghubung kepada semua unit, bahagian, fakulti serta kampus di UPM dalam memastikan kebajikan warga OKU UPM dan para pelawat OKU terjaga.
- Menjadi pengantara dalam program-program pembangunan dan penyelidikan berkaitan warga OKU UPM.
- Kenderaan Mobiliti OKU untuk pelajar OKU yang memerlukan.
- Pinjaman dan bantuan alat bantu (assistive devices) seperti kerusi roda dan tongkat siku.
- Menyediakan data berkaitan OKU
- Pengurusan bantuan dan sokongan elaun, biasiswa atau bantuan kewangan lain.
- Pengurusan bantuan dan sokongan penempatan pelajar OKU di dalam kampus seperti penempatan.
- Pengurusan bantuan dan sokongan moral/ emosi kepada pelajar OKU dengan Kerjasama Bahagian Kaunseling UPM.
- Pengurusan bantuan dan sokongan berbentuk penyaluran maklumat berkaitan kepada pelajar OKU.
|
|
UNIT PENGURUSAN PROGRAM SULUNG |
- Menguruskan dokumentasi dan hal ehwal Program SULUNG 1.0 dan 2.0
|