26 Oktober 2018 - UniMAP Perlis, Tahniah dan syabas kepada Muhammad Izzuddin Rosli dan Mazdiyana Mazlan kerana telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bintang P.Ramlee MAKUM 2018. Mempertaruhkan lagu “Bunyi Gitar” dan “Gelora” beserta dengan gaya persembahan yang memukau telah melayakkan mereka menang dan sekaligus menambat hati juri.
Kedua-dua mereka adalah pelajar dari Kolej Empat Belas UPM dan Muhammad Izzuddin Rosli juga merupakan salah seorang ahli PutraNahwan. Mereka telah berjaya membawa pulang wang tunai RM1300, piala iringan dan sijil penyertaan. Keputusan penuh pertandingan ini adalah seperti berikut:
Johan : UPM
Naib Johan : UUM
Tempat Ketiga : UniMAP
Persembahan Terbaik : UKM
Busana Terbaik : UMT
Date of Input: 29/10/2018 | Updated: 03/11/2018 | mohd.hasrul
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan