SERDANG, 7 JUN: Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar luar kampus telah dilaksanakan dengan jayanya di Foyer Dewan Taklimat, Bangunan Cancelori Putra, UPM. Seramai 50 orang pelajar luar kampus hadir bagi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa dan 14 orang daripada mereka yang terpilih telah diberikan sumbangan Hari Raya.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM iaitu YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman sekali gus menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan kepada pelajar luar kampus yang terpilih.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar luar kampus dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Sumbangan yang diberikan juga dapat membantu meringankan bebanan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program ini diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Berita oleh : Mardiah Azhar
Date of Input: 02/07/2018 | Updated: 17/07/2018 | mohd.hasrul
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan