Event Title
BICARA SANTAI NAIB CANSELOR BERSAMA PEMIMPIN PELAJAR UPM
Date
05 Feb 2022 - 05 Feb 2022
Event Summary
UPM, 5 Februari 2022 - Bicara Santai Naib Canselor YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman bersama Pemimpin Pelajar UPM telah berlangsung di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).
Program yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini diadakan bagi menyantuni pemimpin pelajar yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar MPP dan barisan Majlis Perwakilan Kolej MPK yang telah banyak bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti terutama dalam membantu menguruskan hal-hal kebajikan pelajar UPM semasa tempoh pandemik yang bermula dari 2020 sehingga kini.
Updated:: 07/02/2022 [azhar.mahdzir]