Persatuan Mahasiswa Islam | Student Affairs Division
» STUDENT ORGANIZATION » Spiritual » Persatuan Mahasiswa Islam

Persatuan Mahasiswa Islam

UPM/BHEP/700-3/6/  Persatuan Mahasiswa Islam


 Facebook PMIUPM

AHLI JAWATANKUASA PMIUPM SESI 2020/2021

PENGENALAN

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) telah ditubuhkan pada tahun 1975 sebaik sahaja Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU pindaan 1975) dikuatkuasakan. PMIUPM ditubuhkan adalah kerana ingin menwujudkan suasana Islam di kampus hijau ini.

Dasar PMIUPM adalah Islam. Sejak ia mula didaftarkan PMIUPM bergerak aktif khusus dalam soal-soal kepentingan Islam. Setiap program yang dianjurkan adalah bertujuan untuk membentuk suasana Islam dan menerapkan unsur-unsur kerohanian ke dalam setiap individu masyarakat kampus. Matlamat utama PMIUPM adalah menjaga kesucian Islam sebagai Ad-din di kampus UPM. Prinsip dan matlamat yang berlandaskan/ bersumberkan Al-Qurannul-Karim dan Al-Sunnah merupakan satu pancaran dari pernyataan syahahdah Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah, dalam usaha melahirkan individu muslim yang mampu menjadi contoh utama kepada masyarakat kampus dalam segenap perkara, hatta dalam aspek budaya, hiburan, dan sukan, di peringkat siswa-siswi, mahupun pentadbiran.

Firman Allah yang bermaksud : “Maka hadapanlah dirimu (Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) ke arah Din yang lurus sebagai fitrah Allah yang menciptakan manusia di atasnya, tidak ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, inilah Din yang betul dan lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” (Al-Rum 30)

PMIUPM, insyaAllah akan terus bergerak sebagai satu wadah yang berjuang untuk mengembalikan martabat umat yang terbaik yang berperanan sebagai pendidik dan pemimpin. PMIUPM memegang prinsip menyeru kepada kebaikan , menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan bertindak sebagai sebuah persatuan yang tidak akan bersekongkol dengan sebarang kemungkaran yang berlaku.

Firman Allah yang bermaksud: ” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.” (Al-Imran : 110)

Inilah prinsip yang tegas untuk tidak bersekongkol dengan sebarang kemungkaran yang berlaku. Prinsip ini bukanlah didorong oleh perasaan fanatik tetapi berdasarkan rasa keyakinan yang kukuh dan kefahaman yang jelas tentang Islam serta keupayaannya untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang zaman.

OBJEKTIF PENUBUHAN PMIUPM

  • Menjaga kesucian Islam.
  • Menyeru kepada kebaikan,menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran.
  • Mengembangkan dan menjaga cara hidup dan budaya Islam serta kebajikan ahli persatuan.
  • Mempereratkan lagi tali persaudaraan di antara ahli persatuan.
  • Menanam dan merapatkan semangat pergaulan di antara ahli persatuan ini dengan pelajar-pelajar bukan Islam di Universiti ini.
  • Menyumbangkan pelbagai bidang pengetahuan kepada masyarakat umum.

VISI

“ Meneraju generasi mukmin profesional.”

MISI

  • Menyuburkan nilai-nilai Islam dalam menghidupkan biah solehah di kampus.
  • Menyeimbangkan kecemerlangan mahasiswa dalam aspek agama dan akademik.
  • Memupuk mahasiswa muslim yang produktif dalam pelbagai bidang.
  • Mengurus dan menjana kewangan berlandaskan syariat Islam.
  • Memberi pendedahan tentang keindahan Islam kepada bukan muslim.

LOGO PMIPUM

AKTIVITI PMIUPM SESI 2020/2021

PMI FAIR

DAURAH KITAB:ANAK KUNCI SYURGA

 

PROGRAM MINGGUAN,HALAQAH SISWI

SHARING WITH HERO

SEMINAR KBAT MUMTAZ PAI SPM

 

KEMPEN PROTECT YOUR AKIDAH

PROGRAM BERKALA ,KELAS TAJWID

MALAM CINTA RASUL

BENGKEL ASAS PHOTOSHOP

NASYID COVER CONTEST

E-FTAR BERSAMA PMIUPM

KURSUS KEPIMPINAN MUDA 2021

CHIT-CHAT AMBANG TAHU BARU:HIJRAH PEMIKIRAN MENUJU WAWASAN

BICARA KERJAYA 2020:MERUNGKAI KEBOLEHPASARAN GRADUAN ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

FORUM HARI MALAYSIA:PEMBENTUKAN MALAYSIA KESAN DAN CABARANNNYA

JOM QIAM BERSAMA PMIUPM

FORUM MAULIDUR RASUL: KEMBALI MENELADANI RASULULLAH SAW

HALAQAH SISWI MEGA:WANITA DAN KEPIMPINAN

 

 

MANTAN AJK PMIUPM (SESI 2020/2021)

 

MANTAN AJK PMIUPM (SESI 2019/2020)

Updated:: 17/06/2021 [azhar.mahdzir]

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W1VMGMHR~