GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS UPM) | Student Affairs Division
» STUDENT ORGANIZATION » Leadership » GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS UPM)

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS UPM)

 

AHLI JAWATANKUASA GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS UPM) SESI 2021/2022

 

 

 

YANG DI PERTUA
WAN NURUL HAIDAH BINTI WAN MOHD KAMAL
   198408@student.upm.edu.my

 

 

 

TIMB. YANG DI PERTUA
MOHAMAD AFIQ BIN MOHD AFFANDI
   209111@student.upm.edu.my

 

 

 

SETIAUSAHA
SHARIFAH NORZIANA BINTI SAYED SALLEH
   203739@student.upm.edu.my

 

 

 

TIMB. SETIAUSAHA
INTAN IZZLYANIE BINTI ABD HAMID
   206180@student.upm.edu.my

 

 

 

SETIAUSAHA KERJA
NADIRA SYAHIRA BINTI SOLEHAN
   200392@student.upm.edu.my

 

 

  

 

PENGENALAN

 

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UPM merupakan sebuah pertubuhan belia berdaftar yang aktif di bawah Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang berpaksikan kepada cabang pendidikan demi meningkatkan kualiti mahasiswa Melayu. GPMS UPM merupakan salah sebuah cawangan khas bagi IPTA di semenanjung Malaysia yang bernaung di bawah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

GPMS UPM bertekad untuk melahirkan mahasiswa Melayu yang bersifat dinamik, berilmu dan berakhlak melalui program-program yang berteraskan pendidikan bersasar seperti pendidikan kepimpinan, pendidikan kesukarelawanan dan kebajikan, dan pendidikan keusahawanan.

GPMS UPM berpegang kepada moto "Belajar Terus Belajar" dan mukadimah GPMS yang menekankan 4 SEDAR yang telah diadaptasi sekian lama semenjak di awal penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung pada tahun 1948.

 

 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS UPM)

 

  • GPMS menggabungkan pelajar-pelajar Melayu di Semenanjung Malaysia.
  • Meninggikan darjat ilmu pengetahuan dalam segenap bidang berteraskan prinsip ilmu dan taqwa.
  • Menjaga dan memartabatkan kesucian agama Islam, kebudayaan dan kesenian Melayu.
  • Mengembang, menggalak dan menimbulkan kesedaran pendidikan berpersatuan kepada para pelajar bagi melahirkan generasi pemimpin di peringkat muda dalam bentuk kegiatan luar darjah.
  • Menjadi badan penasihat dan pemberi bimbingan kepada ahli-ahli dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan.

 

 

 

VISI

"Bertekad menjadi sebuah pertubuhan yang terkehadapan dalam mengorak langkah serta mendahului masyarakat dan zamannya bagi melahirkan orang Melayu yang bersifat dinamik, berilmu, dan berakhlak."

 

MISI

"GPMS sebagai sebuah pertubuhan yang memartabatkan dan mendaulatkan kedudukan Bahasa Melayu dan mempertahankan sistem pendidikan kebangsaan termaktub kepada Perlembagaan Persekutuan."

 

 

 

AKTIVITI SESI 2020/2021

 

  • Bonding and Sharing Session (BOSS)
  • Kembara Latihan Aspirasi Siswa (KELAS)
  • Leadership Exchange and Students Developments (LEADS)
  • Program Bimbingan Bestari (PBB)
  • Siri Gelandangan di Hati, Kami Dekati
  • GPMS Prihatin
  • Sumbangan Mahasiswa Prihatin

PENCAPAIAN

  • Anugerah Pak Wan Teh (Anugerah GPMS)
  • Anugerah Kepimpinan Fakulti/Persatuan/Kelab (Putra Ikon Sesi 2018/2019)

 

 

 

MEDIA SOSIAL GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS UPM)

 

                        

 

 

 

AJK SESI 2021/2022

 

 

 

MANTAN AJK SESI 2020

 

 

 

 

MANTAN AJK SESI 2019

Updated:: 22/11/2021 [azhar.mahdzir]

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
CVBdOAk~