FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES STUDENTS' ASSOCIATION (FEDSSA) | Student Affairs Division
» STUDENT ORGANIZATION » Faculties » FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES STUDENTS' ASSOCIATION (FEDSSA)

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES STUDENTS' ASSOCIATION (FEDSSA)

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN SESI 2021/2022

 

 

 

PRESIDEN
MUHAMMAD IDZHARRUDIN
  presiden.fedssa@gmail.com

 

 

 

TIMB. PRESIDEN 1
NURUL SYAFIQAH BINTI ABD MANAF
  tpresiden1.fedssa@gmail.com

 

 

 

TIMB. PRESIDEN 2
LONG AIRIL AZIRIEY BIN HAIRI
  tpresiden2.fedssa@gmail.com

 

 

 

SETIAUSAHA
RAIHAN BINTI ZAMANI
   setiausaha.fedssa@gmail.com

 

 

 

SETIAUSAHA 2
NUHA BINTI ABD HAMID
   tsetiausaha.fedssa@gmail.com

 

 

 

BENDAHARI
NUR MUNIRAH BINTI MOHD HIDZER
   bendahari.fedssa@gmail.com

 

 

 

 

PENGENALAN

 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan atau Faculty of Educational Studies Students' Association (FEDSSA) merupakan salah satu daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti yang telah berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia dan telah bergiat aktif dalam meningkatkan keterlibatan mahasiswa dalam pelbagai aktiviti yang sering dianjurkan semenjak awal penubuhannya. Dengan moto "FEDSSA Bitara Siswa", wawasan utama FEDSSA adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam setiap diri mahasiswa di Fakulti Pengajian Pendidikan sepanjang 4 tahun pengajian di Universiti Putra Malaysia agar apabila bergraduat kelak, mereka dapat menjadi individu holistik yang mempunyai kebitaraan dalam bidang yang pelbagai. Di bawah FEDSSA, terdapat tujuh (7) Kelab yang mewakili lapan (8) program pengajian prasiswazah di FPP iaitu: Kelab Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM), TESL Club, Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling (KMBK), Persatuan Pengajian Sukan, Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP), Kelab Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga (BPSRT) dan Persatuan Pelajar Pembangunan Sumber Manusia (PESUMA) yang masing-masing giat menjalankan pelbagai aktiviti di Fakulti.

 

 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN (FEDSSA)

 

  • Meningkatkan kemahiran insaniah, pengetahuan serta kebitaraan mahasiswa di Fakulti Pengajian Pendidikan agar bergelar sebagai bakal graduan yang cemerlang dan kompetetif melalui penganjuran aktiviti dan penglibatan mahasiswa.
  • Menjadi penghubung di antara rakan siswa/siswi dengan pihak Pengurusan Fakulti agar setiap aduan, cadangan dan persoalan mengenai segenap aspek dapat disalurkan secara telus seterusnya menjamin suara mahasiswa Fakulti terus didengari.
  • Meningkatkan saling hubungan yang baik dan akrab di antara mahasiswa dari pelbagai program pengajian di Fakulti agar mahasiswa FPP dalam membina networking dan membentuk ukhuwah yang baik antara satu sama lain.
  • Menjaga dan memperjuangkan kesejahteraan, kebajikan dan hal ehwal siswa di Fakulti dari masa ke masa.
  • Menjadi sumber rujukan Persatuan Mahasiswa dalam dan luar UPM mengenai perkara yang berkaitan dengan pendidikan, kaunseling dan pembangunan sumber manusia.
  • Memberikan khidmat bakti kepada seluruh warga Fakulti, Universiti dan pihak luar melalui aktiviti khidmat masyarakat yang ditawarkan serta peluang kolaborasi dalam penganjuran sebarang aktiviti yang ditawarkan kepada pihak luar

 

 

VISI

"Menjadi Persatuan Mahasiswa yang kekal unggul dan terbilang di peringkat universiti. "

 

MISI

"Memperjuangkan suara mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan dan menjadi wadah pemerkasaan mahasiswa baik dari aspek sahsiah mahupun pembangunan kendiri."

 

 

 

AKTIVITI SESI 2020/2021

 

  • FORUM PENDIDIKAN INTERVARSITI KEBANGSAAN 2021 (PENGANJUR UTAMA, DENGAN KERJASAMA PERSATUAN MAHASISWA DARIPADA UPSI, USM, UTM, DAN UUM)
  • ECOBRICK @ FPP
  • FEDSSA TALK
  • FEDSSA NIAGA
  • HELLO FPP!
  • FEDSSA CREATIVE CHALLENGE
  • BICARA KESIHATAN : KEKAL SIHAT DALAM PANDEMIK
  • JARINGAN ILMU FPP
  • BICARA ALUMNI
  • FEDSSA PRIHATIN
  • MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH BULANAN
  • MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER 1 SESI 2020/2021
  • IHYA RAMADAN
  • IT CORNER
  • EDITING WORKSHOP: MOCKUP
  • ALUMNI SHARING SESSION
  • SEMBANG SANTAI SISWA JUTAWAN
  • PROGRM BIMBINGAN KERJAYA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
  • PEMBERIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR YANG BERADA DI KAMPUS
  • MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

 

 

 

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN 

 

                        

 

 

 

AJK SESI 2021/2022

 

 

 

 

MANTAN AJK SESI 2020

 

 

 

MANTAN AJK SESI 2019

 

  

 

UPM/BHEP/700-3/9/  Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan



Updated:: 18/10/2021 [azhar.mahdzir]

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
CUMFSA~