Ruang Publisiti & Promosi | Student Affairs Division
» SERVICES » Ruang Publisiti & Promosi

Ruang Publisiti & Promosi

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) menyediakan ruang khusus bagi tujuan publisiti dan promosi aktiviti-aktiviti pelajar. Ruang ini juga boleh digunapakai oleh semua PTJ di UPM bagi tujuan yang berkenaan. Penyediaan ruang khas ini adalah bertujan untuk menyelaras bahan publisiti dan promosi khususnya untuk aktiviti pelajar dalam membantu visibiliti program-program dan aktiviti berkenaan. Secara tidak langsung membantu mengurangkan penggantungan bahan publisiti dan promosi secara rawak dan tidak terurus yang mencacatkan pandangan dan imej universiti.


Permohonan dan Lokasi

Permohonan bagi penggunaan ruang berkenaan boleh dimajukan kepada BHEP melalui borang permohonan yang disediakan. Rujuk juga terma dan syarat yang disertakan.

4 lokasi ruang publisiti dan promosi yang disediakan dan diselaras oleh BHEP UPM.
a. Kolej Kedua
b. Kolej Serumpun
c. KOSASS
d. Kolej 10

Updated:: 15/01/2020 [mshahrul]

MEDIA SHARING

C1579299270