UPM Ganti Baharu Komputer Riba Pelajar Musnah Akibat Banjir | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» PUTRABAKTI » UPM Ganti Baharu Komputer Riba Pelajar Musnah Akibat Banjir

UPM Ganti Baharu Komputer Riba Pelajar Musnah Akibat Banjir

SHAH ALAM, 1 Januari 2022 - "Belum pernah saya lalui banjir seteruk ini sepanjang usia saya dibesarkan di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga, Shah Alam" kata Nur Zahirah Rozlan, pelajar tahun dua di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Tiada apa yang sempat diselamatkan apabila banjir dengan ketinggian sekitar 11 kaki menghampiri paras bumbung rumah telah menenggelamkan segalanya, termasuk kereta ayah yang menyara keluarga sebagai pemandu e-hailing.



Tambahnya, ibu adalah surirumah sepenuh masa dan hanya berupaya menghasilkan pendapatan sampingan dengan mengambil upah menjaga bayi jiran.
Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan komputer riba lain sebagai ganti memandangkan kekangan kewangan keluarga yang amat sukar pada masa ini, katanya lagi.

Bantuan peranti komputer riba telah disampaikan sendiri oleh En. Nuruliman bin Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
Nuruliman Ibn Ibrahim berkata, maklumat awal berkenaan pelajar yang memerlukan bantuan komputer pasca banjir telah diperolehi melalui Sdra Wan Ahmad Aiman Wan Daud, Timbalan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (Kebajikan dan Infrastruktur) menerusi borang online yang diedarkan kepada semua pelajar mangsa banjir.



Nur Zahirah dalam keadaan sebak dan terharu telah menzahirkan rasa syukur kepada Allah swt dan amat berterima kasih kepada pihak BHEP UPM yang mengambil berat kebajikan serta keperluan para pelajar.
#PutraCakna
#UPMprihatin
#BerilmuBerbakti
#WeLoveUPM
#50tahunUPM

Tarikh Input: 03/01/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdIAD~