PROGRAM ZIARAH UPM-KPT@KELUARGA KITA | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» PUTRABAKTI » PROGRAM ZIARAH UPM-KPT@KELUARGA KITA

PROGRAM ZIARAH UPM-KPT@KELUARGA KITA

Pada 4 hingga 6 November 2021 telah berlangsung program Ziarah UPM-KPT@KeluargaKita ke Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Program ini bertujuan untuk ziarah mahasiswa UPM serta memberikan sumbangan wang tunai, makanan dan peranti bagi mereka yang memerlukan.
Turut serta dalam program ini iaitu Prof. Dr. Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM, En. Shariman Hashim Ketua Pentadbiran Pejabat (Timbalan Naib Canselor HEPA UPM), Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM serta Majlis Perwakilan Pelajar UPM.
Seramai 11 orang mahasiswa UPM menerima kunjungan dan sumbangan bantuan dalam program ziarah ini yang diserahkan sendiri oleh Prof. Dr. Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM.
Prof. Dr. Arifin Abdu juga berkesempatan ziarah keluarga Muhammad Safwan bin Mazlan yang mengalami kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan kembali ke UPM serta memberikan sumbangan bantuan dan kos rawatan mahasiswa tersebut ditanggung sepenuhnya oleh UPM.
En. Mazlan Ali bapa kepada Safwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UPM atas sumbangan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mereka sekeluarga dalam menghadapi ujian ini.

Tarikh Input: 15/11/2021 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETVAy~