PC SOFT (M) SDN BHD SUMBANG 30 UNIT PERANTI | Student Affairs Division
» PUTRABAKTI » PC SOFT (M) SDN BHD SUMBANG 30 UNIT PERANTI

PC SOFT (M) SDN BHD SUMBANG 30 UNIT PERANTI

Serdang, 19 Ogos - PC Soft (M) Sdn Bhd tampil menyumbangkan 30 unit peranti komputer riba bernilai RM58,000 untuk diagihkan kepada 30 pelajar UPM terdiri daripada kalangan B40 menerusi Program CSR Kementerian Pengajian Tinggi.

Simbolik ringkas penyerahan peranti komputer riba itu disempurnakan oleh Cik Azrina Zulkefli, Pengurus Besar PC Soft bersama En. Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Semua peranti tersebut adalah jenis Chromebook touch screen jenama DELL dengan nilai hampir RM2,000 setiap satu.

Turut hadir ialah Pn. Laila Fariza Daud, Pengurus Kewangan dan Pentadbiran PC Soft dan Pn. Shamilah Samian, Ketua Seksyen Pengurusan Kebajikan BHEP UPM. Azrina berkata, sumbangan tersebut merupakan peruntukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai usaha PC Soft untuk melaksanakan aktiviti kelestarian korporat bagi membantu meningkatkan kualiti hidup terutama kepada para pelajar B40 yang terpilih, termasuk dalam kalangan asnaf".

Nuruliman Ibn Ibrahim mewakili warga UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan PC Soft atas usaha murni dan sumbangan yang amat bernilai ini.
“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban dan memudahkan urusan pelajar dalam sesi pembelajaran dengan norma baharu seterusnya memajukan diri demi agama, bangsa dan negara".
“Ini adalah satu tanda keprihatinan bahawa golongan yang tidak berkemampuan sentiasa mendapat perhatian semua pihak” katanya.

"Kebajikan Pelajar, Tanggungjawab Bersama"

Date of Input: 15/11/2021 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZIAL~