MISI BANTUAN BANJIR UPM DI YAN : AGIH PELBAGAI KEPERLUAN BERNILAI RM45 RIBU | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» PUTRABAKTI » MISI BANTUAN BANJIR UPM DI YAN : AGIH PELBAGAI KEPERLUAN BERNILAI RM45 RIBU

MISI BANTUAN BANJIR UPM DI YAN : AGIH PELBAGAI KEPERLUAN BERNILAI RM45 RIBU

Yan, 11 September - Pagi ini misi bantuan banjir UPM ke Yan, Kedah dimulakan dengan penyampaian bantuan peranti, sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada dua orang pelajar UPM iaitu Muhammad Aizam Mazlan di Taman Lembah Merbok dan Alya Najwa Abdul Mutalib di Pantai Murni Yan. Misi Bantuan Banjir UPM di Yan dengan penyertaan 40 orang staf dan pelajar UPM telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu dua kumpulan untuk bantuan agihan sumbangan dan dua kumpulan lagi untuk bantuan tenaga sukarelawan.

Bantuan tenaga kumpulan sukarelawan UPM bertumpu di dua lokasi iaitu Masjid Jamek Badlisyah dan kolam air Kampung Rendang Pasir. Bantuan agihan sumbangan yang dibahagikan kepada dua kumpulan juga telah disampaikan kepada penduduk sekitar Kg Rendang Pasir, Kg Tohor dan Kg Dusun Manggis. Agihan bantuan terbesar berupa 2,600 unit mushaf al-Quran, telekung, sejadah, bantal, kain batik dan bubur bayi telah disampaikan kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Badlisyah, Masjid Kg Ruat, Rumah Anak Yatim BUDI, Sek. Keb. Langkasuka, Sek. Keb. Haji Nyak Gam, Tahfiz al-Fityan dan Pusat Pengajian Tahfiz Pondok Raudhatul Jannah.
Turut hadir ialah Pn. Nik Nor Baizura Sabiamad dari Sahabat Infaq Malaysia (SIM) dan Ustazah Nor Isfadiah Mohd Dasuki nersama Ustaz Muhidin Mokter dari Akademi Fitrah.

Tarikh Input: 15/11/2021 | Kemaskini: 15/11/2021 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdGAD~