BHEP BANTU PINJAMKAN KOMPUTER RIBA UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR | Student Affairs Division
» PUTRABAKTI » BHEP BANTU PINJAMKAN KOMPUTER RIBA UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR

BHEP BANTU PINJAMKAN KOMPUTER RIBA UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR

Tanjung Malim, 13 Julai 2022 - Banjir besar yang melanda beberapa daerah di Perak pada 25 Mei 2022 lalu telah pun surut dan kehidupan mangsa telah kembali normal, namun tidak dinafikan bahawa ramai antara mereka masih merasai kesan buruk akibat banjir itu khususnya dengan kemusnahan dan kerugian harta benda yang mereka alami.
Ramai yang kehilangan hampir keseluruhan rumah dan isinya, tidak kurang juga yang masih bergelut membina semula kehidupan pasca banjir.

Saudara Nazrul Ashraf Raduwan, Pelajar tahun akhir Bacelor Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, turut terlibat menjadi mangsa banjir pada kali ini.
Kehidupan mereka sekeluarga terjejas kerana kerosakan harta benda seperti rumah, kelengkapan dan perabot, pakaian, buku, kenderaan dan lain-lain.

Nazrul Ashraf yang tinggal bersama keluarganya di Felda Trolak Selatan berkata, segalanya berlaku terlalu pantas dan kediamannya dinaiki banjir lumpur sehingga ke paras dada.
“Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa termasuk motosikal lama pemberian nenek saya dan komputer riba terpakai saya” luah beliau.

Ibu beliau merupakan ibu tunggal yang tidak memiliki pendapatan tetap dengan menyara keluarga hanya menerusi hasil jualan nasi lemak, tambahan pula tahap kesihatan yang kurang baik.
“Saya akan menduduki peperiksaan akhir tetapi masih belum memiliki komputer riba. Saya agak risau sebenarnya dan saya cuba mendapatkan bantuan daripada pihak BHEP” tambah beliau.
En. Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM ketika dihubungi berkata, pihak BHEP telah memutuskan untuk memberikan kemudahan pinjaman komputer kepada Nazrul Ashraf bagi memastikan beliau dapat menyiapkan tugasan-tugasan akademik dan seterusnya menduduki peperiksaan akhir dengan baik.

Menurut Nuruliman Ibn Ibrahim lagi, jumlah komputer riba di BHEP adalah amat terhad dan keutamaan adalah diberikan kepada pelajar tahun 1 atau tahun 2 sahaja. Memandangkan Nazrul Ashraf merupakan pelajar tahun akhir, pihak BHEP berharap skim pinjaman komputer riba tersebut sekurang-kurangnya dapat membantu mengatasi keperluan dalam tempoh yang amat mendesak ini.
Nuruliman turut berkesempatan untuk menyerahkan sendiri bantuan pinjaman komputer riba tersebut kepada Saudara Nazrul Ashraf Raduwan dalam satu sesi pertemuan ringkas pagi semalam.
Tuan/Puan yang berhasrat untuk memyumbangkan komputer terpakai kepada pelajar bolehlah menghubungi no Hotline BHEP di talian 010 261 3901.

BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.

#BHEPsentiasaAda
#BerilmuBerbakti
#PutraCakna
#UPMprihatin
#PutraHEPA
#WeLoveUPM
#50tahunUPM
#KeluargaMalaysia

Date of Input: 12/10/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXFTJAH~