BANTUAN PERANTI BERSPESIFIKASI TINGGI UNTUK PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN | Student Affairs Division
» PUTRABAKTI » BANTUAN PERANTI BERSPESIFIKASI TINGGI UNTUK PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN

BANTUAN PERANTI BERSPESIFIKASI TINGGI UNTUK PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN

30 Mac 2022, Serdang - Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM hari ini berkesempatan menyerahkan sumbangan peranti kepada dua orang pelajar Fakulti Kejuruteraan iaitu Muhammad Amir Faiz dan Nurul Izzati Athirah.

Setakat ini mereka hanya menggunakan telefon pintar untuk menghadiri kuliah secara atas talian dan perlu meminjam peranti daripada rakan-rakan lain sekiranya ingin menyiapkan tugasan akademik.
Mereka merupakan pelajar tahun satu yang tidak memiliki laptop dan dikategorikan sebagai layak serta berhak menerima sumbangan komputer riba berspesifikasi tinggi bernilai lebih RM3,000 setiap unit, memandangkan latar belakang keluarga masing-masing sebagai anak yatim dan ibu mereka tiada pendapatan tetap.

Inisiatif ini bertujuan bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara sepanjang mereka berada di kampus UPM.
Turut hadir ialah Sdra. Wan Ahmad Aiman Wan Daud, mantan ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 yang sentiasa mengangkat isu-isu kebajikan pelajar Fakulti Kejuruteraan ke peringkat BHEP.

BHEP dan seluruh entiti UPM sentiasa komited dalam meningkatkan tumpuan terhadap kebajikan dan kelangsungan mahasiswa UPM, khususnya para pelajar dari golongan B40 dan asnaf.
Semoga dengan bantuan ini dapat membantu para pelajar mencapai kecemerlangan meski pun sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang berada di kampus.

#PutraCakna
#UPMprihatin
#BerilmuBerbakti
#SederapMelangkahMenujuAlFalah
#50tahunUPM
#WeLoveUPM

Date of Input: 04/04/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEYKAu~