Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mari bersama kita berkongsi rezeki. Hulurkanlah sumbangan walau pun dengan hanya RM50.00. Dana ini bertujuan untuk membantu sebahagian pelajar UPM yang amat memerlukan khususnya di sepanjang tempoh PKP ini agar dapat meringankan beban kewangan mereka seperti bantuan barangan keperluan asas, bantuan kecemasan, bantuan musibah, bantuan wang saku serta bantuan pelan data dan peranti komputer.