Panduan Tempahan Kenderaan Dan Pengurusan Kenderaan | Student Affairs Division
» OUR CORE SERVICES » Transportation Management » Panduan Tempahan Kenderaan dan Pengurusan Kenderaan

Panduan Tempahan Kenderaan dan Pengurusan Kenderaan

    • Borang Permohonan Perkhidmatan Kenderaan dan Jentera Universiti (Kod Borang: SOK/PYG/BR19) boleh dimuat turun di laman sesawang BHEP atau diambil di kaunter pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP).
    • Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan ke Seksyen Pengurusan Kenderaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.
    • Semakan akan dilakukan oleh penyelia penjadualan kenderaan. Pemohon akan dimaklumkan keputusan permohonan kenderaan selewat-lewatnya satu (1) hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.

     

    Kategori Pelajar:

     a) Pelajar prasiswazah tempatan & antarabangsa (aktiviti pelajar) - lampirkan dokumen berikut bersama Borang Permohonan Perkhidmatan Kenderaan dan Jentera Universiti: -

    1. Surat kelulusan program dan permohonan kenderaan dari TNC HEPA / Ketua Pentadbiran HEPA.
    2. Surat kelulusan program TNC Akademik dan Antarabangsa (sekiranya tempahan tersebut adalah aktiviti pelajar di bawah fakulti/institut).
    3. Senarai nama dan maklumat penumpang yang terlibat.
    4. Tentatif/jadual pergerakan kenderaan.
    5. Perkhidmatan bas TIDAK dikenakan bayaran.

     

     b) Pelajar pascasiswazah tempatan & antarabangsa - lampirkan dokumen berikut bersama Borang Permohonan Perkhidmatan Kenderaan dan Jentera Universiti: -

    1. Surat kelulusan program dan permohonan kenderaan dari TNC HEPA / Ketua Pentadbiran HEPA.
    2. Surat kelulusan program TNC Akademik dan Antarabangsa (sekiranya tempahan tersebut adalah aktiviti pelajar di bawah fakulti/institut).
    3. Senarai nama dan maklumat penumpang yang terlibat.
    4. Tentatif/jadual pergerakan kenderaan.
    5. Perkhidmatan bas DIKENAKAN bayaran.

     

    c) Pelajar antarabangsa universiti luar (contoh: program mobiliti inbound) - lampirkan dokumen berikut bersama Borang Permohonan Perkhidmatan Kenderaan dan Jentera Universiti: -

    1. Surat kelulusan program dan permohonan kenderaan dari TNC HEPA / Ketua Pentadbiran HEPA.
    2. Surat kelulusan program TNC Akademik dan Antarabangsa (sekiranya tempahan tersebut adalah aktiviti pelajar di bawah fakulti/institut).
    3. Senarai nama penumpang yang terlibat. Senarai nama ini bertujuan untuk permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
    4. Tentatif/jadual pergerakan kenderaan.
    5. Perkhidmatan bas TIDAK dikenakan bayaran.

     

     

    Kategori Kakitangan:

    a) Pastikan lampiran dokumen berikut diserahkan semasa permohonan penggunaan kenderaan:-

    1. Surat kelulusan program dan permohonan kenderaan dari TNC HEPA / Ketua Pentadbiran HEPA.
    2. Senarai nama dan maklumat penumpang yang terlibat.
    3. Tentatif/jadual pergerakan kenderaan.
    4. Perkhidmatan DIKENAKAN bayaran (bergantung pada kadar sewaan semasa) kecuali jika permohonan kenderaan tersebut adalah di bawah program universiti.

     

    MUAT TURUN

Updated:: 02/12/2022 [azhar.mahdzir]

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 6075
+603-9769 2091
WWGCRA~