-
- Borang Permohonan Perkhidmatan Kenderaan dan Jentera Universiti (Kod Borang: SOK/PYG/BR19) boleh dimuat turun di laman sesawang BHEP atau diambil di kaunter pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP).
- Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan ke Seksyen Pengurusan Kenderaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.
- Semakan akan dilakukan oleh penyelia penjadualan kenderaan. Pemohon akan dimaklumkan keputusan permohonan kenderaan selewat-lewatnya satu (1) hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.
Kategori Pelajar:
a) Pelajar prasiswazah tempatan & antarabangsa (aktiviti pelajar) - lampirkan dokumen berikut bersama Borang Permohonan Perkhidmatan Kenderaan dan Jentera Universiti: -
- Surat kelulusan program dan permohonan kenderaan dari TNC HEPA / Ketua Pentadbiran HEPA.
- Surat kelulusan program TNC Akademik dan Antarabangsa (sekiranya tempahan tersebut adalah aktiviti pelajar di bawah fakulti/institut).
- Senarai nama dan maklumat penumpang yang terlibat.
- Tentatif/jadual pergerakan kenderaan.
- Perkhidmatan bas TIDAK dikenakan bayaran.
b) Pelajar pascasiswazah tempatan & antarabangsa - lampirkan dokumen berikut bersama Borang Permohonan Perkhidmatan Kenderaan dan Jentera Universiti: -
- Surat kelulusan program dan permohonan kenderaan dari TNC HEPA / Ketua Pentadbiran HEPA.
- Surat kelulusan program TNC Akademik dan Antarabangsa (sekiranya tempahan tersebut adalah aktiviti pelajar di bawah fakulti/institut).
- Senarai nama dan maklumat penumpang yang terlibat.
- Tentatif/jadual pergerakan kenderaan.
- Perkhidmatan bas DIKENAKAN bayaran.
c) Pelajar antarabangsa universiti luar (contoh: program mobiliti inbound) - lampirkan dokumen berikut bersama Borang Permohonan Perkhidmatan Kenderaan dan Jentera Universiti: -
- Surat kelulusan program dan permohonan kenderaan dari TNC HEPA / Ketua Pentadbiran HEPA.
- Surat kelulusan program TNC Akademik dan Antarabangsa (sekiranya tempahan tersebut adalah aktiviti pelajar di bawah fakulti/institut).
- Senarai nama penumpang yang terlibat. Senarai nama ini bertujuan untuk permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
- Tentatif/jadual pergerakan kenderaan.
- Perkhidmatan bas TIDAK dikenakan bayaran.
Kategori Kakitangan:
a) Pastikan lampiran dokumen berikut diserahkan semasa permohonan penggunaan kenderaan:-
- Surat kelulusan program dan permohonan kenderaan dari TNC HEPA / Ketua Pentadbiran HEPA.
- Senarai nama dan maklumat penumpang yang terlibat.
- Tentatif/jadual pergerakan kenderaan.
- Perkhidmatan DIKENAKAN bayaran (bergantung pada kadar sewaan semasa) kecuali jika permohonan kenderaan tersebut adalah di bawah program universiti.
MUAT TURUN
Updated:: 02/12/2022 [azhar.mahdzir]
MEDIA SHARING