Dokumen Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa 2023
Putra Scholar dibawah seliaan Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar (SPKTP) adalah sebagai Pusat Setempat (one stop center) bagi pengurusan maklumat penajaan pelajar Pra-Siswazah dan Asasi Sains Pertanian serta membantu pelajar dalam proses seperti berikut:
Permohonan kemaskini maklumat penaja di Sistem Maklumat Pelajar (SMP)
Permohonan Surat Pengesahan Status Penaja Pelajar
Pengumpulan/Penghantaran Dokumen Permohonan/Perjanjian Penajaan secara berkelompok
Khidmat nasihat penangguhan/pelanjutan/pembatalan penajaan.
Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar menguruskan pelbagai bentuk Dermasiswa daripada syarikat dan individu yang ingin membantu pelajar UPM terutama para pelajar yang kurang berkemampuan.
Mana-mana Syarikat atau individu yang berminat untuk menyalurkan sebarang bentuk bantuan kepada pelajar kami, sila berhubung dengan pegawai di Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar di talian +603-9769 1321 /1334 /6075.
Updated:: 24/03/2023 [azhar.mahdzir]
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan