Permohonan Kemaskini Maklumat Penaja | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» PERKHIDMATAN UTAMA » Seksyen Pengurusan Kebajikan » Permohonan Kemaskini Maklumat Penaja

Permohonan Kemaskini Maklumat Penaja

Permohonan Kemaskini Status Penaja di SMP

 

Permohonan boleh dikemukakan kepada SPKTP dengan mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. Melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat;

  2. Melampirkan bersama surat tawaran penajaan dan dokumen berkaitan yang lain (pembatalan penajaan/perlanjutan/dll) di ruangan muatnaik dokumen;

  3. Sekiranya dokumen sokongan melebihi 1 dokumen, kesemua dokumen perlu digabungkan menjadi 1 dokumen yang mengandungi kesemua dokumen berkenaan.

  4. Hanya dokumen dalam format .pdf sahaja yang diterima oleh sistem.

  5. Sekiranya maklumat/dokumen tidak lengkap, permohonan tidak akan diproses tanpa notis pemberitahuan.

 

Tatacara Permohonan Kemaskini Status Penaja di SMP

  1. Borang permohonan hanya boleh diakses setelah pelajar log masuk ke akaun google suite rasmi pelajar UPM (nomatrik@student.upm.edu.my) dengan menggunakan UPMID bagi menjamin keselamatan maklumat pelajar. Sila pastikan anda log masuk ke akaun yang dimaksudkan bagi memastikan anda mendapat akses kepada borang bekenaan.

  2. Semua ruangan adalah mandatori. Sila lengkapkan semua maklumat dengan maklumat yang tepat beserta dokumen berkaitan bagi mengelakkan permohonan terbatal dan tidak diproses.
  3. Setelah permohonan berjaya dihantar, pelajar akan menerima emel notifikasi bagi mengesahkan maklumat permohonan pelajar telah direkodkan dan anda tidak dibenarkan mengemukakan permohonan yang sama untuk kali kedua bagi mengelakkan pertindihan maklumat.

  4. Sekiranya didapati berlaku pertindihan/percanggahan maklumat pada 2 permohonan yang sama, permohonan tidak akan diproses dan pelajar perlu hadir secara fizikal ke BHEP UPM bagi membuat pengesahan.

  5. SPKTP akan memproses permohonan dalam masa 3 hari bekerja dan perubahan status penaja boleh disemak di portal SMP pelajar.

 

Borang Permohonan Kemaskini Status Penaja di SMP

Sila beri perhatian kepada Tatacara dan Syarat Permohonan yang dinyatakan di atas sebelum mengemukakan permohonan melalui pautan berikut.

Kemaskini:: 16/01/2023 [azhar.mahdzir]

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 6075
+603-9769 2091
BWDeHAj~