Anugerah Tokoh Siswa (Kementerian Pengajian Tinggi) | Student Affairs Division
» OUR CORE SERVICES » Student Activity Management » Anugerah Tokoh Siswa (Kementerian Pengajian Tinggi)

Anugerah Tokoh Siswa (Kementerian Pengajian Tinggi)

A)      ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN

 

  1. Sebanyak 18 anugerah mengikut katageri akan dipertandingkan dan 1 anugerah utama akan direbut untuk menerima gelaran Tokoh Siswa Kebangsaan sebagaimana kategori berikut:

 

ANUGERAH TOKOH SISWA

ANUGERAH UTAMA

ANUGERAH MENTERI PENGAJIAN TINGGI

“TOKOH SISWA KEBANGSAAN

Hadiah – RM3,000.00, Trofi, Biasiswa Tokoh Siswa dan Sijil

ANUGERAH KHAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

ANUGERAH MENGIKUT KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

KLUSTER KEPIMPINAN PELAJAR

1.

ANUGERAH KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

2.

ANUGERAH KEPIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

3.

ANUGERAH KEPIMPINAN FAKULTI/PERSATUAN/KELAB

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

KLUSTER PEMBANGUNAN SOSIAL

4.

ANUGERAH KEPIMPINAN KEBUDAYAAN

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

5.

ANUGERAH KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

6.

ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

KLUSTER PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INTELEKTUAL

7.

ANUGERAH KEPIMPINAN PENGUCAPAN AWAM

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

8.

ANUGERAH KEPIMPINAN WACANA INTELEK

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

9.

ANUGERAH KEPIMPINAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM)

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

KLUSTER KESUKARELAWANAN

10.

ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI)

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

11.

ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR)

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

12.

ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KEMANUSIAAN)

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

KLUSTER KHAS INDIVIDU

13.

ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN IBNU UMMU MAKTUM

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

14.

ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN PELAJAR ANTARABANGSA

Hadiah – Geran RM2,000.00, Trofi dan Sijil

KLUSTER KHAS PASUKAN

15.

ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK

Hadiah – Geran RM4,000.00, Trofi dan Sijil

16.

ANUGERAH PERSATUAN PASCA SISWAZAH

Hadiah – Geran RM4,000.00, Trofi dan Sijil

17.

ANUGERAH BADAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TERBAIK

Hadiah – Geran RM4,000.00, Trofi dan Sijil

 

18.

ANUGERAH FAKULTI/PERSATUAN/KELAB TERBAIK

Hadiah – Geran RM4,000.00, Trofi dan Sijil

 

  1. Keterangan Anugerah Mengikut Kategori Yang

 

KLUSTER KEPIMPINAN PELAJAR

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) peringkat MPP di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepimpinan berwibawa dalam pengurusan

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN dibuka kepada pemimpin mahasiswa kolej kediaman (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepimpinan berwibawa dalam pengurusan organisasi kolej kediaman.

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN FAKULTI/PERSATUAN/KELAB dibuka kepada pemimpin mahasiswa Fakulti/Persatuan/Kelab (individu) yang berdaftar secara rasmi di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepimpinan berwibawa dalam pengurusan organisasi Fakulti/Persatuan/Kelab.

 

KLUSTER PEMBANGUNAN SOSIAL

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN KEBUDAYAAN dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program-program kebudayaan yang berimpak

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program-program keusahawanan berimpak tinggi.

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program-program sukan berimpak

 

KLUSTER PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INTELEKTUAL

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN PENGUCAPAN AWAM dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program-program Pengucapan Awam seperti debat dan pidato yang berimpak

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN WACANA INTELEK dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program/seminar/persidangan/konvensyen/kolokium/ simposium berimpak

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan program STEM berimpak

 

KLUSTER KESUKARELAWANAN

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI) dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan misi/program kesukarelawanan yang menjurus kepada kesejahteraan komuniti berimpak tinggi dan meningkatkan kesedaran atau taraf ekonomi dan sosial

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR) dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan misi/program kesukarelawanan alam sekitar berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada alam sekitar melalui program kesedaran, pemeliharaan dan pemuliharaan bagi menjamin kelestarian alam sekitar.

 

 

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KEMANUSIAAN) dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dengan terlibat dan menganjurkan misi/program kesukarelawanan berimpak tinggi dan memberi manfaat melalui program atau usaha yang berkaitan dengan meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan manusia serta meringankan beban melalui bantuan dan sokongan dalam meningkatkan nilai kehidupan manusia bagi menjamin kelestarian berterusan.

 

 

KLUSTER KHAS INDIVIDU

 

  1. ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN IBNU UMMU MAKTUM dibuka kepada pemimpin mahasiswa (individu) orang kurang upaya di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam menganjurkan program-program berimpak

 

  1. ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN PELAJAR ANTARABANGSA dibuka kepada pemimpin mahasiswa antarabangsa (individu) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam menganjurkan program- program berimpak tinggi dan memberi kesan kepada komuniti

 

KLUSTER KHAS PASUKAN

 

  1. ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK dibuka kepada mana-mana kumpulan/pasukan/badan/kelab sukarelawan (berpasukan) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan menganjurkan program-program kesukarelawanan berimpak

 

  1. ANUGERAH PERSATUAN PASCA SISWAZAH dibuka kepada mana-mana kumpulan/pasukan/badan/kelab pasca siswazah (berpasukan) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan menganjurkan program-program berimpak

 

  1. ANUGERAH BADAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TERBAIK dibuka kepada Badan Majlis Perwakilan Pelajar Kumpulan/pasukan/badan/kelab pasca siswazah (berpasukan) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan menganjurkan program-program berimpak

 

 

  1. ANUGERAH FAKULTI/PERSATUAN/KELAB TERBAIK dibuka kepada fakulti/persatuan/kelab (berpasukan) di IPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dan menganjurkan program-program berimpak

 

B)       PENGHARGAAN KHAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

 

Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi diberi kepada mahasiswa IPT yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa secara individu atau berpasukan. Penerima penghargaan khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) hendaklah memenangi sama ada tempat pertama, kedua atau ketiga dalam semua bidang KECUALI bidang sukan yang telah memberi impak yang tinggi dan berterusan sepanjang pengajian. Penghargaan khas KPPT tidak dipertandingkan dalam Anugerah Tokoh Siwa

 

C)       KRITERIA PEMARKAHAN

 

  1. Calon-calon akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:

 

  • Kluster Kepimpinan dan
  • Kluster Khas Individu

 

Kategori Yang Dipertandingkan

Pengurusan Isu

70

Penglibatan Mahasiswa

25

Pencapaian Akademik

5

Jumlah Keseluruhan

100

 

 

 

  • Kluster Pembangunan Sosial
  • Kluster Pembangunan Akademik dan Intelektual
  • Kluster Kesukarelawanan

 

Kategori Yang Dipertandingkan

Penglibatan Mahasiswa

65

Pencapaian Akademik

5

Nilai Tambah

30

Jumlah Keseluruhan

100

 

 

  • Kategori Khas Pasukan

 

Kategori Yang Dipertandingkan

Penglibatan pasukan

60

Keberkesanan Inisiatif Pasukan

40

Jumlah Keseluruhan

100

 

 

  1. Calon yang dicalonkan oleh IPT akan ditemuduga oleh Panel Penemuduga. Pecahan markah bagi sesi temuduga anugerah ini adalah seperti berikut:

 

PERKARA

PECAHAN MARKAH

JUMLAH MARKAH BERDASARKAN BORANG

PEMARKAHAN

70%

TEMUDUGA

SESI PERTAMA

·         Temuduga berkumpulan dalam bentuk role play

·         Bahasa Inggeris

 

15%

SESI KEDUA

·         Temuduga Individu

 

15%

Jumlah Keseluruhan

100

 

  • Pemenang 12 kategori yang dipertandingkan akan secara automatik layak bertanding untuk Anugerah Menteri Pendidikan dan diiktiraf sebagai Tokoh Siswa

Updated:: 07/10/2021 [adidi]

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
CUMDGA3~