PRESIDEN
Muhammad Halil Bin Arifin
196606@student.upm.edu.my
TIMB. PRESIDEN
Hazirah Binti A Samad
200720@student.upm.edu.my
TIMB. PRESIDEN 2
Vaishnira A/P Regene Raj
201879@student.upm.edu.my
SETIAUSAHA AGUNG
Adib Adham bin Marzuki
200415@student.upm.edu.my
TIMB. SETIAUSAHA
Aqilah binti Sazali
207866@student.upm.edu.my
Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA (PSSLM). LINCAH yang ‘berasal’ dari Pulau Besar, Melaka, diasaskan dan dipimpin oleh Allahyarham TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN BIN MAUJU sejak dari tahun 1961 dengan 5 anak murid (didaftarkan pada tahun 1969), bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland, Perancis, Madagascar dan yang terbaru di Korea Selatan dan Mesir. PSSLM pernah diiktiraf dalam Malaysia Book Of Record, sebagai pertubuhan yang mempunyai ahli teramai, juga pernah mencipta sejarah membuat aksi beladiri tanpa henti dalam masa 12 jam, sempena perayaan ulangtahun 50 tahunnya yang lalu.
PSSLM adalah satu-satunya pertubuhan silat dari Malaysia yang menjadi pilihan World Martial Arts Union (WoMAU) untuk membuat persembahan dan menyertai pertandandingan dalam acara tahunan Chungju World Martial Arts Festival sejak tahun 2000 sehingga kini. PSSLM terus diberi pengiktirafan apabila Allahyarham Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin ditabalkan sebagai PENDEKAR NEGARA MALAYSIA pada 6 Julai 2011, dalam Majlis Sambutan Ulangtahun ke-50 Pertubuhan Seni silat Lincah Malaysia.
Pada 1hb Mac 1975, dengan usaha dan perbelanjaan sendiri, Allahyarham Mahaguru telah pertemuan dengan semua guru di seluruh pelusuk tanah air di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dalam pertemuan ini terbinalah Majlis Silat Negara yang kini dikenali sebagai persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), yang mana menjadi tunjang kepada semua pergerakan seni silat di Malaysia. 20 Jun 2015, seluruh dun ia persilatan khususnya Anak-anak Lincah menerima perkhabaran sedih. Allahyarham Mahaguru meninggal dunia akibat kanser tulang. Legasi perjuangan PSSLM diteruskan oleh Yang Mulia Mahaguru Muda YB Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin beserta empat orang Guru Muda PSSLM.
"Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia UPM beriltizam menjadi kreatif, inovatif dan dinamik dalam berkembang maju ke arah kecemerlangan dalam bidang seni budaya, pendidikan, aktiviti sosial, modal insan dan sains sukan yang diiktiraf pada tahap tertinggi oleh semua pihak."
"PSSLMUPM berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang dalam bidang seni budaya, pendidikan, aktiviti sosial, dan sains sukan menerusi pengajaran dan pembelajaran, latihan, kursus, dan khidmat masyarakat untuk melahirkan modal insan yang seimbang, berkelayakan, kompetitif, dan mahir untuk memenuhi keperluan pembangunan masyarakat dan negara."
UPM/BHEP/700-3/1/3 | PERSATUAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA UPM (PSSLMUPM) ![]() |
Updated:: 18/11/2021 [azhar.mahdzir]
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan