UPM SEDIAKAN BAS KHAS BANTU PELAJAR B40 KEMBALI KE KAMPUS | Student Affairs Division
» NEWS » UPM SEDIAKAN BAS KHAS BANTU PELAJAR B40 KEMBALI KE KAMPUS

UPM SEDIAKAN BAS KHAS BANTU PELAJAR B40 KEMBALI KE KAMPUS

Serdang, 2 November - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPM telah mengaturkan 6 buah kenderaan sebagai pengangkutan khas bagi membantu para pelajar B40 yang tiada kenderaan sendiri dari zon selatan, utara dan pantai timur untuk pulang ke kampus hari ini.
 
 
Sejumlah 141 orang pelajar yang telah memohon untuk mendapatkan bantuan pengangkutan bagi pergerakan pulang ke kampus memandangkan mereka dan keluarga mereka tidak memiliki kenderaan sendiri. Sebanyak 4 buah bas besar dan 2 buah kenderaan kecil telah digerakkan bagi tujuan ini.
 
Semua pelajar yang terlibat diwajibkan menjalani saliva test sebelum menaiki bas mengikut SOP yang ditetapkan. Keputusan ujian yang dijalankan mendapati 100% negatif Covid-19 dan semua penumpang tidak lagi perlu mnjalani saliva test sewaktu ketibaan di kolej-kolej.
 
 
Kebanyakan pelajar tidak dapat hadir ke terminal yang ditetapkan memandangkan ibubapa dan penjaga mereka tidak memiliki kenderaan sendiri. Oleh itu, bas terpaksa digerakkan ke kawasan berhampiran rumah pelajar untuk mengambil pelajar yg terlibat.
 
 
Semua pelajar telah selamat tiba di kampus Serdang dan mendaftar di kolej masing-masing sekitar jam 5 petang hingga 10 malam.
 
 

Date of Input: 03/11/2021 | Updated: 03/11/2021 | adidi

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEQOA5~