SERDANG, 17 Januari 2019 - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman telah meluangkan masa selama sejam melawat dan memberi sumbangan kepada pelajar UPM, saudara Ali Ahmaed Gaid Al-Shaheri daripada negara Yaman.
Saudara Ali Ahmed adalah pelajar siswazah PHD UPM jurusan Synthesis , Fakulti Sains. Beliau telah selamat menjalani pembedahan masalah jantung di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Lawatan tersebut turut disertai wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan wakil Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM. Diharapkan lawatan tersebut dapat memberi sokongan moral kepada saudara Ali Ahmead dan didoakan beliau segera sembuh dari pembedahan tersebut.
Oleh :Zulkifli Bin Ibarahim
Date of Input: 24/01/2019 | Updated: 27/01/2019 | mohd.hasrul
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan