SERDANG, 22 September – Taklimat pengurusan aktiviti pelajar telah dilaksanakan pada 21 & 22 September 2021 melalui platform zoom meeting. Taklimat ini diberikan oleh pegawai Seksyen Pengurusan Aktiviti selama 2 hari berturut dan dihadiri oleh pelajar Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) dan Kolej Canselor (KC).
Taklimat ini diberikan melalui Kem Pengurusan Organisasi (KPO) yang dianjurkan oleh kolej-kolej. KPO merupakan amalan tradisi selepas pelantikan ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK) setiap tahun.
Hari pertama taklimat disertai oleh MPK KTDI seramai 63 orang peserta. Manakala hari kedua dihadiri MPK KC seramai 34 orang peserta. Masing-masing merupakan ahli MPK baharu yang telah dilantik oleh pengurusan kolej bagi sesi 2021/2022.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi menerangkan proses serta prosedur dalam melaksanakan aktiviti pelajar serta amalan yang perlu ditekankan sebelum dan selepas aktiviti. Diharap dengan taklimat ini pelajar dapat memahami proses yang betul dalam merancang pelaksanaan aktiviti. - UPM
Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 30/09/2021 | adidi
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan