Song Wassini Luck To AN-NISA Team | Student Affairs Division
» NEWS » Song Wassini Luck to AN-NISA Team

Song Wassini Luck to AN-NISA Team

23 Mei 2019, Dewan Besar PKKSSAAS – Kumpulan An-Nisa dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah berjaya mendapat saguhati dalam Pertandingan Nasyid UPM 2019.  Program yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Shah ini telah menyaksikan sebanyak 13 buah kumpulan berentap bagi merebut gelaran juara.

Selain daripada Kumpulan An-Nisa, BHEP juga turut menghantar Kumpulan Al-Imran yang terdiri daripada staf lelaki.  Kumpulan ini membawakan lagu dari Mawi dan Akhil Hayy yang bertajuk HambaMu.

Kumpulan An-Nisa yang terdiri daripada 8 orang staf wanita ini telah berlatih selama hampir 2 minggu dengan membawakan lagu Wassini dari Waheeda yang berkonsepkan Timur Tengah.  8 orang peserta tersebut adalah Puan Noorizai Mohamad Noor (Solo), Puan Shamilah Samian, Puan Azriza Azizan, Puan Jamrah Mat Jusoh, Puan Norwati Mohd Khazari, Puan Noor Rifa Kamarak dan Puan Noor Hamiza Hamid.  

Ternyata dengan gaya persembahan yang memukau dan kostum yang menarik telah menambat hati juri sekaligus mendapat saguhati pada pertandingan tersebut dan membawa pulang wang tunai RM150 piala dan sijil.

Walaupun kumpulan ini tidak berjaya mendapat tempat utama, namun kejayaan ini dianggap satu titik permulaan dalam bidang seni suara yang akan digilap untuk membuat yang lebih baik pada masa akan datang.

Date of Input: 31/05/2019 | Updated: 10/06/2019 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdTA1~