Sistem Pengurusan Kenderaan Berpusat UPM (PutraLiner) | Student Affairs Division
» NEWS » Sistem Pengurusan Kenderaan Berpusat UPM (PutraLiner)

Sistem Pengurusan Kenderaan Berpusat UPM (PutraLiner)

SERDANG, 15 Oktober – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) sedang membangunkan sistem pemusatan kenderaan di Bangunan Canselori Putra yang bertujuan menyatukan semua urusan berkaitan pengurusan kenderaan melalui sistem yang dinamakan Sistem Pengurusan Kenderaan Berpusat UPM (PutraLiner).

Sistem yang sedang dibangunkan oleh pihak iDEC ini dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2020 dan akan diguna pakai secara berperingkat oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Canselori Putra terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke PTJ lain yang telah dikenal pasti.

Penggunaan sistem ini nanti akan mempercepatkan pelbagai proses yang melibatkan pengurusan kenderaan termasuklah urusan berkaitan permohonan pinjaman kenderaan, pengesahan, kelulusan, penjadualan pemandu, pembatalan permohonan dan lain-lain tetapan yang lebih sistematik dan tersusun.

Disediakan Oleh : Abdul Hadi Samsi

Date of Input: 27/10/2020 | Updated: 27/10/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZRAU~