SEKSYEN PENGURUSAN AKTIVITI SELARAS 240 PROGRAM IPPN | Student Affairs Division
» NEWS » SEKSYEN PENGURUSAN AKTIVITI SELARAS 240 PROGRAM IPPN

SEKSYEN PENGURUSAN AKTIVITI SELARAS 240 PROGRAM IPPN

SERDANG, 9 September - Seksyen Pengurusan Aktiviti berjaya menyelaras 240 program intervensi pelajar bagi Indeks Patriotisme dan Perpaduan Nasional (IPPN) bagi setengah tahun pertama (Januari-Jun 2021) dengan pecahan indeks patriotisme sebanyak 43 program manakala indeks perpaduan sebanyak 197 program.

Pelaksanaan program-program sedemikian bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan pelajar di UPM untuk pembangunan mereka secara holistik terutama dalam aspek psikologi dan kerohanian.

 

Terdapat 8 teras yang telah diukur dari segi jumlah program dan penyertaan pelajar iaitu pengucapan awam, sukan, daya cipta inovasi, khidmat komuniti, kepimpinan. kebudayaan, keusahawanan dan kesukarelawanan.

Sepanjang Januari hingga Jun 2021 seramai 74,742 pelajar telah melibatkan diri dalam penganjuran program-program tesebut yang melibatkan pelajar lelaki seramai 28,264 orang manakala pelajar perempuan seramai 46,478 orang.

Manakala, bagi pecahan penglibatan pelajar mengikut kaum adalah Melayu 44,477 orang, Cina 19,635 orang, India 8,044 orang dan lain-lain adalah 2,586 orang.

Seksyen Pengurusan Aktiviti akan terus berusaha untuk memantapkan penganjuran program-program sedemikian demi kecemerlangan para pelajar serta menyokong hasrat Kementerian Pengajian Tinggi. - UPM

Date of Input: 10/09/2021 | Updated: 10/09/2021 | adidi

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
BUKTWAr:22:09