Putrajaya Holdings Sumbang Bantuan Kepada Pelajar UPM | Student Affairs Division
» NEWS » Putrajaya Holdings Sumbang Bantuan Kepada Pelajar UPM

Putrajaya Holdings Sumbang Bantuan Kepada Pelajar UPM

SERDANG, 19 Oktober – Putrajaya Holdings (PJH) telah melaksanakan Program PJH Prihatin iaitu satu program tanggungjawab sosial kepada para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Arifin Abdu berkata Universiti sangat terharu dan berterima kasih kepada PJH atas sumbangan yang diberikan. Sumbangan ini katanya sedikit sebanyak meringankan beban pelajar yang berada di kampus.

“UPM sangat bertuah kerana sering mendapat perhatian daripada agensi kerajaan dan swasta dalam menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada para pelajar kami.

“Bantuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak Putrajaya Holdings ini merupakan menu yang berkhasiat dan mengenyangkan pelajar, “katanya ketika merasmikan majlis penyerahan sumbangan 300 pek makan tengahari di Bilik Operasi Kolej Kediaman UPM. Turut hadir ke majlis ringkas tersebut adalah Ketua Komunikasi Korporat Putrajaya Holdings, Cik Sabariah Mahmood dan Ketua Pentadbiran (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), En. Shahriman Hashim.

Putrajaya Holdings menyumbang makan tengahari dan barang keperluan dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM30,000.00 kepada pelajar UPM semasa tempoh PKPB.

Date of Input: 27/10/2020 | Updated: 27/10/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcQAL~