PROGRAM ZIARAH UPM-KPT@KELUARGA KITA | Student Affairs Division
» NEWS » PROGRAM ZIARAH UPM-KPT@KELUARGA KITA

PROGRAM ZIARAH UPM-KPT@KELUARGA KITA

Program Ziarah UPM-KPT@KeluargaKita diteruskan lagi pada hari ini 7 November 2021. Team dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar menziarahi Saudari Nur Hafizah binti Maznan di kediamannnya yang terletak di Kampung Baru Sg. Ara, Bayan Lepas Pulau Pinang.
 
 
Saudari Nur Hafizah adalah merupakan pelajar dari Fakulti Ekologi Manusia mengambil jurusan Bacelor Sains Pembangunan Manusia. Semasa sesi lawatan berlangsung, Saudari Nur Hafizah berasa amat teruja dan menyampaikan rasa terharu atas initiatif pihak UPM khususnya YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu TNC HEPA UPM dalam memastikan kebajikan pelajar terutama yang amat memerlukan.
 
 
Beliau dan ahli keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan BHEP yang hadir membawa bersama sumbangan dari pihak UPM.
Untuk makluman, beliau juga merupakan atlet negara dalam sukan hoki. Semasa sesi ziarah, beliau sedang giat menjalani latihan bersama squad Negeri Pulau Pinang yang bakal bertanding dalam acara Liga Hoki Kebangsaan. Pihak UPM mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudari Nur Hafizah dan semoga membawa kejayaan kepada pasukan hoki yang disertainya.

Date of Input: 08/11/2021 | Updated: 08/11/2021 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdEA6~