Perkasa Putra Week In New Students Registration Session 2018/2019, Universiti Putra Malaysia | Student Affairs Division
» NEWS » Perkasa Putra Week In New Students Registration Session 2018/2019, Universiti Putra Malaysia

Perkasa Putra Week In New Students Registration Session 2018/2019, Universiti Putra Malaysia

Serdang,2 Sept -Minggu Perkasa Putra diadakan pada 2 hingga 8 September 2018 bertempat di UPM Kampus Serdang dan UPM Cawangan Sarawak. Ia diadakan sempena kemasukan pelajar baharu bagi Sesi Akademik 2018/2019.

Pelbagai program berlangsung sepanjang Minggu Perkasa Putra ini dengan memberikan penekanan kepada kepentingan akademik, sahsiah dan juga ‘campus life’. Di samping itu, pengisian Minggu ini juga diperhebatkan dengan sesi perkongsian pelajar baharu bersama ikon Alumni UPM yang terdiri daripada alumni-alumni UPM yang terkemuka dalam bidang masing-masing.

Pada sesi ini, seramai 3,621 pelajar baharu program ijazah sarjana muda mendaftar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Jumlah pelajar baharu ini bertambah seramai 121 orang iaitu sebanyak tiga peratus berbanding tahun lalu. Daripada jumlah pelajar itu, seramai 67 pelajar mendaftar di kampus UPM Bintulu. Jumlah itu, bertambah 17 orang atau 30 peratus berbanding tahun lalu iaitu seramai 50 orang.

Pertambahan bilangan pelajar yang mendaftar ini melibatkan program baharu yang ditawarkan, di samping tambahan program yang mempunyai permintaan tinggi iaitu kejuruteraan dan sains kesihatan.Program baharu yang diperkenal pertama kali ialah program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan jumlah kemasukan seramai 20 orang.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata, seramai 288 pelajar antarabangsa turut mendaftar bagi program ijazah sarjana muda. Jumlah pelajar antarabangsa meningkat iaitu seramai 38 orang berbanding pada tahun lalu seramai 250 orang. “Pelajar-pelajar itu antaranya dari Singapura, Thailand, Indonesia, Korea, China dan India. Mereka juga datang dari Pakistan, Bangladesh, Jepun, Filipina, Kanada, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Sri Lanka, Britain, Rusia dan Itali,” katanya.

Selain itu, pengambilan pelajar bagi sesi ini melibatkan dua orang pelajar yang juga atlet yang mengambil bahagian mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2018, terdiri daripada atlet ragbi dan atlet tekwando.

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini, UPM turut memperbaharui akses kad maya identiti pengenalan pelajar kepada pelajar baharu sesi 2018/2019 untuk menggantikan penggunaan kad pelajar sedia ada.

 

Sehubungan itu, setiap pelajar tahun pertama sesi 2018/2019 ini akan menggunakan Aplikasi Telifon Pintar (bagi pengguna Android dan IOS) dan Web Desktop yang dikenali sebagai Putra Virtual ID (PutraVID) untuk menguruskan pengenalan diri, selain mengakses kemudahan kampus seperti capaian aplikasi ICT, penggunaan kemudahan infrastruktur, kehadiran dan pengesahan warga universiti. Inisiatif ini akan melengkapkan kampus UPM kepada pembangunan aplikasi berteras Internet of Things (IoT) yang akan menjadi teras kepada pembangunan kampus pintar.

Date of Input: 09/10/2018 | Updated: 21/10/2018 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXESWAZ~