PERANTI PERCUMA KEPADA PELAJAR | Student Affairs Division
» NEWS » PERANTI PERCUMA KEPADA PELAJAR

PERANTI PERCUMA KEPADA PELAJAR

YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN SUMBANG KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR UPM

SERDANG, 22 Jun 2021 – Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah menyumbang komputer riba kepada 25 orang pelajar B40 dan Asnaf UPM sebagai satu bentuk sokongan kepada para pelajar yang gigih dan komited melaksanakan tanggungjawab mengharungi sesi pembelajaran dalam talian sepanjang pendemik ini. 

Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Encik Shahriman Hashim berkata sumbangan ini dapat menjadi satu motivasi kepada para pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam talian kerana ada diantara mereka yang hanya menggunakan telefon bimbit kerana tiada kemudahan komputer peribadi.  Turut hadir semasa sesi penyerahan tersebut ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Nuruliman Ibrahim.

“Selain menerima sumbangan komputer riba, setiap daripada mereka juga menerima sumbangan secara one-off sebanyak RM600 bagi membiayai pembayaran pelan data selama setahun.

“Para pelajar perlu mengambil kesempatan ini dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam pembelajaran dan membuktikan bahawa sumbangan yang diterima ini akan membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka, “katanya ketika sesi penyerahan sumbangan di Dewan Kolej Canselor UPM.

Para pelajar yang menerima sumbangan ini telah menzahirkan rasa bersyukur dan gembira kerana impian mereka mempunyai komputer riba bagi memudahkan mereka mengikuti sesi pembelajaran telah tercapai.  Menurut mereka juga, sumbangan ini juga sangat membantu ketika menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Yayasan Tunku Abdul Rahman berharap agar para pelajar UPM yang menerima sumbangan ini berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dan menabur bakti kepada masyarakat selepas tamat pengajian selaras dengan impian Almarhum Tunku Abdul Rahman.

 

Date of Input: 30/06/2021 | Updated: 04/07/2021 | adidi

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcXAL~