PENYERTAAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI KE PROGRAM 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA | Student Affairs Division
» NEWS » PENYERTAAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI KE PROGRAM 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

PENYERTAAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI KE PROGRAM 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

Pada 9 Disember 2021, Kuala Lumpur - Universiti Putra Malaysia telah menghantar 25 org wakil pelajar ke Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Program ini berlansung selama 4 hari bermula pada 9 Disember sehingga 12 Disember 2021.
 
 
 
Pelancaran Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia ini telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob , Perdana Menteri Malaysia. Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia merupakan acara yang secara eksklusifnya dianjurkan bertunjangkan objektif untuk mengetengahkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang genapnya 100 hari pelaksanaan aspirasi Keluarga Malaysia dalam kepimpinan negara.
 
 
Program ini dimeriahkan dengan komponen-komponen utama tarikan pengunjung termasuklah Majlis Perasmian, Pameran Kementerian & Agensi Kerajaan, Konsert Aspirasi, Forum Perdana, Program I’m Youth, penyampaian bantuan rakyat dan bermacam-macam lagi. Program ini juga secara strategiknya turut menjadi medium progresif kepada rakyat untuk menghayati erti sebenar konteks Keluarga Malaysia secara lebih dekat.
 
 
Secara tidak langsung program ni sedikit sebanyak memberi impak kepada pelajar-pelajar yang hadir dengan menambah ilmu pengetahuan serta dapat mencari peluang pekerjaan yg diimpikan sekiranya tamat pengajian.

Date of Input: 10/12/2021 | Updated: 10/12/2021 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdSA5~