PENYERAHAN BANTUAN LAPTOP KEPADA MAHASISWA UPM | Student Affairs Division
» NEWS » PENYERAHAN BANTUAN LAPTOP KEPADA MAHASISWA UPM

PENYERAHAN BANTUAN LAPTOP KEPADA MAHASISWA UPM

 
UPM, 21 Januari 2022 – Penyerahan bantuan peranti iaitu komputer riba kepada mahasiswa UPM yang memerlukan telah berlangsung di Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang diserahkan sendiri oleh En. Nuruliman Ibrahim Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM kepada Nor Fatin Suraya Nabilla binti Rahimi pelajar bacelor Sastera Bahasa Dan Linguistik Melayu serta Thanesh Rao a/l Simmathiri bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer). Turut serta dalam sesi penyerahan ini iaitu Pn. Shamilah Samian Ketua Seksyen Pengurusan Kebajikan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
 
 
Menurut Thanesh yang merupakan pelajar tahun 1, sepanjang hampir 14 minggu kuliah ini berlangsung dia hanya pinjam laptop kawannya saja bila buat kerja kursus kerana tidak mempunyai laptop.
Ucapan terima kasih daripada dua orang pelajar tersebut kepada pihak yang memberikan bantuan peranti ini dan pesan En. Nuruliman Ibrahim kepada mereka iaitu belajar bersungguh-sungguh, bila dah berjaya nanti berbaktilah semula kepada Universiti kita.

Date of Input: 24/01/2022 | Updated: 24/01/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEYPAk~