Pengakap Kelanasiswa Berkhidmat Di Asrama Kasih YBK, Seri Serendah, Hulu Selangor | Student Affairs Division
» NEWS » Pengakap Kelanasiswa berkhidmat di Asrama Kasih YBK, Seri Serendah, Hulu Selangor

Pengakap Kelanasiswa berkhidmat di Asrama Kasih YBK, Seri Serendah, Hulu Selangor

Hulu Selangor, 5 Oktober – Pelajar-pelajar Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM daripada Kursus Pengakap Kelanasiswa Semester 1 Kumpulan 2 seramai 28 orang telah terlibat dengan jayanya dalam Program Gotong Royong anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Asrama Kasih YBK, Seri Serendah, Hulu Selangor yang melibatkan pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK berkenaan yang diadakan pada 5 Oktober 2019 (Sabtu) di Asrama Kasih YBK, Seri Serendah, Hulu Selangor.

Program ini merupakan salah satu skim latihan dalam pengakap kelana disamping itu juga ia memberi perkhidmatan kepada komuniti dalam kerja-kerja kesukarelawan yang melibatkan komuniti dan masyarakat setempat bersesuaian dengan cogan kata Pengakap Kelana iaitu "Berkhidmat".

Pelajar-Pelajar Koko Berkredit UPM yang terdiri daripada ahli Pengakap Kelanasiswa UPM telah diberi tugasan untuk membersihkan kawasan sekitar Asrama Kasih YBK bersama-sama dengan kakitangan dan pelajar-pelajar asrama tersebut seperti mengecat, membersihkan kawasan sekitar dan menyelenggara landskap supaya tersusun. Program ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz dan Pengetua Asrama Kasih YBK Puan Halimaton Sadiah binti Mohd Nawawi bagi menjayakan program gotong royong ini.

Melalui program ini para pelajar khasnya mahasiswa UPM dapat mendidik dirinya melalui aktiviti kesukarelawan bagi memberi lebih keyakinan berinteraksi serta dapat menjalinkan hubungan kerjasama di antara pihak Asrama Kasih YBK dengan Mahasiswa UPM untuk melaksanakan program sebegini pada masa akan datang.

Oleh: Norhisham bin Mohd Nasir

Date of Input: 18/10/2019 | Updated: 18/10/2019 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1574446271