[11/03/2018] APM UPM Student Team With Country Leader No.2 | Student Affairs Division
» NEWS » [11/03/2018] APM UPM Student Team with Country Leader No.2

[11/03/2018] APM UPM Student Team with Country Leader No.2

Oleh Hanis Johari

 

 

Saat-saat menanti Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

 

Bagan Datoh,11 Mac 2018 - Seramai 43 orang Kadet Pasukan Siswa APM UPM mendapat jemputan ke Program YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Bersama Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Bagan Datok, Perak. Elaun anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan, masing-masing daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9 sejam, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan elaun yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 2.1 juta anggota dan pegawai APM di seluruh negara itu bagi menghargai jasa dan khidmat mereka dalam menghulurkan bantuan awal.

 

Pelajar Kor Sispa UPM 

 

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan kira-kira 3,000 anggota dan pegawai APM dari seluruh Perak pada majlis Program Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga APM Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA) di sini hari ini. Beliau turut mengumumkan elaun pakaian seragam sebanyak RM10 juta akan diberikan pada tahun ini berbanding RM5 juta pada tahun lalu.

Date of Input: 18/03/2018 | Updated: 17/02/2019 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1571275869