Nahwan Nur Publishes Ramadan Love Songs | Student Affairs Division
» NEWS » Nahwan Nur Publishes Ramadan Love Songs

Nahwan Nur Publishes Ramadan Love Songs

3 Mei 2019 – Artis Nasyid Tanah Air Nahwan Nur baru-baru ini berjaya menerbitkan Single terbaru sempena bulan Ramadan yang bertajuk “Kasih Ramadan”.  Lagu hasil ciptaan Khairul Daniel (KD) dan lirik ditulis oleh Ajie.  Kedua-dua mereka adalah merupakan staf dan alumni Universiti Putra Malaysia.

Menurut Komposer Khairul Daniel, lagu Kasih Ramadan sebenarnya telah dicipta pada awal tahun 2018, kemudian Nahwan Nur bersetuju untuk merakamkan lagu ini sekaligus menerbitkan lagu ini untuk dijadikan Single terbaru sempena Ramadan.  Banyak cabaran dan halangan sepanjang penghasilan lagu ini antaranya kewangan, masa dan tenaga.  Rakaman lagu ini telah diadakan di The Royal Backline Studio and Harry Aziz Records yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.  Kumpulan ini berulang-alik dari UPM ke Seremban untuk sesi rakaman yang turut dibantu oleh pemain seruling undangan iaitu Saudara Amir Ali.  “Alhamdulillah proses rakaman berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya agak bimbang dengan konsep yang ingin dibawa, kami diberi dua susunan muzik yang berlainan untuk dirakam dan akhirnya pihak komposer mendapat satu konsep yang bersesuaian dengan kami dan bulan Ramadan” ujar Hasif selaku penyanyi utama dalam lagu ini.

 

Pada tanggal 10 Mei 2019, Muzik Video Rasmi Kasih Ramadan berjaya diterbitkan di media sosial Youtube Inteam Digital.  Muzik video ini telah diarahkan oleh Saudara Jasmi Mohamad Zin yang juga merupakan pelajar UPM.  Lokasi pengambaran muzik video ini telah dijalankan di sekitar kawasan UPM antaranya Blue Lagoon SISFEC, Taman Pertanian Universiti, Tasik Perdana Ladang 16 dan Masjid Putra.  Alhamdulillah tontonan di Youtube sekarang telah hampir 7200.

Banyak pihak telah bekerjasama dengan Nahwan Nur dalam penghasilan lagu Kasih Ramadan bermula daripada sesi pemilihan lagu, rakaman lagu sehinggalah kepada penghasilan muzik video. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar selaku penasihat utama kumpulan ini, tidak lupa kepada pihak Pengurusan UPM, Fakulti Perhutanan, Masjid Putra, Taman Pertanian Universiti, Putra Science Park, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM serta yang membantu secara langsung atau tidak langsung.

Date of Input: 30/05/2019 | Updated: 10/06/2019 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdOAK~