Mustika Sixtra Theater Production Wins Victory At Sembilan State Theater Festival | Student Affairs Division
» NEWS » Mustika Sixtra Theater Production Wins Victory at Sembilan state Theater Festival

Mustika Sixtra Theater Production Wins Victory at Sembilan state Theater Festival

Seremban 27 Julai 2019 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan produksi teater dari Kolej Canselor (Mustika Sixtra) yang mewakili UPM kerana telah memenangi Tempat Ketiga dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Teater Peringkat Negeri Sembilan 2019. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan ini telah menyaksikan sebanyak 9 buah naskhah (pementasan) bagi merebut anugerah yang dipertandingkan. Mustika Sixtra berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Naskah Joker hasil karya Khairul Amin dan Arahan dari Qadri Basri ini telah menambat hati juri dan penonton sekaligus dinobatkan antara pementasan yang terbaik pada festival kali ini.

Antara pelakon yang membarisi pementasan ini terdiri daripada pelajar-pelajar dari Kolej Canselor iaitu Zulhanif Tawaff, Fatin Hazwani, Khairul Amin, Zarith Sofea, Farhana Hassan, Ain Ismail, Afnan Azhar, Meriwon Surtan dan ramai lagi. Rakan-rakan dan crew dari produksi ini juga banyak membantu untuk menjayakan naskhah ini.

Oleh : Adidi Tamin

Date of Input: 31/07/2019 | Updated: 10/10/2019 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1571894335