Misi Yayasan Sukarelawan Siswa Green Summer Volunteer Campaign 2018 Di Vietnam | Student Affairs Division
» NEWS » Misi Yayasan Sukarelawan Siswa Green Summer Volunteer Campaign 2018 di Vietnam

Misi Yayasan Sukarelawan Siswa Green Summer Volunteer Campaign 2018 di Vietnam

14 Julai hingga 13 Ogos 2018 - seramai 53 mahasiswa seluruh Malaysia termasuk 4 orang pelajar Universiti Putra Malaysia telah menyertai Misi Yayasan Sukarelawan Siswa Green Summer Volunteer Campaign 2018 di Vietnam di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka ditempatkan di 4 buah perkampungan di sekitar Ho Chi Minh bagi menjalankan misi sukarelawan selama sebulan bersama mahasiswa tempatan di sana.

 

An Phu Dong Ward, District 12, Vietnam – Saudari Alyssa Batrisyia binti Zainal Abidin (Bacelor Pendidikan TESL) dan ahli kumpulannya telah berjaya mengubahsuai Pusat Pembelajaran Komuniti di sana di mana mereka membersihkan bilik darjah, memotong rumput panjang, melakukan lukisan mural, membina taman permainan kanak-kanak dan taman tergantung dari bahan kitar semula bersama-sama dengan ahli sukarelawan daripada Universiti Pengangkutan dan Universiti Sains Sosial dan Kemanusiaan, ahli Youth Union serta komuniti An Phu Dong Ward. Projek itu mengambil masa 4 minggu semasa misi di sana. Ia kemudian dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis Daerah 12, Encik Ly Minh Truc dan pegawai Siswa Yayasan Sukarelawan, Encik Runiy Maldud pada 10 Ogos 2018. Kebanyakan bahan dibiayai oleh penduduk tempatan dari Phu Dong dan ahli Youth Union di mana tujuan pengubahsuaian adalah untuk menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran untuk kanak-kanak di kawasan An Phu Dong Ward. Bahan-bahan ini termasuk besi untuk set taman permainan, pokok tumbuhan, tayar kitar semula dan botol kitar semula.

Disediakan oleh : Hanis Johari

Date of Input: 12/11/2018 | Updated: 12/11/2018 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1571890089