MISI BANTUAN SUKARELAWAN UPM TURUN PADANG MEMBERI BANTUAN | Student Affairs Division
» NEWS » MISI BANTUAN SUKARELAWAN UPM TURUN PADANG MEMBERI BANTUAN

MISI BANTUAN SUKARELAWAN UPM TURUN PADANG MEMBERI BANTUAN

Universiti Putra Malaysia (UPM) menghantar Misi Sukarelawan Bantuan Mangsa Banjir terdiri daripada 200 pelajar ke lokasi banjir di sekitar Puchong, Subang, Petaling dan Sg. Buluh, Selangor.
 
Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata penglibatan pelajar UPM sebagai sukarelawan itu adalah selaras dengan hasrat Pelan Strategik UPM 2021-2025 pada Matlamat 1: Melahirkan watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang serta kesejahteraan komuniti setempat pada Matlamat ke-3: Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri Dan Masyarakat.
 
Turut hadir, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment (WAZAN), UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang; Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM, Nuruliman Ibrahim dan Felo Bersekutu (Perhubungan dan Kebajikan), Pejabat Naib Canselor UPM, Bukryman Sabri.
 
UPM turut mengalu-alukan sumbangan daripada warga UPM dan orang awam serta boleh menghubungi Sekretariat BOBB UPM, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah atau En. Khairul Jusoh@Yusof di talian 03-97697505 untuk menyalurkan bantuan.

Date of Input: 03/01/2022 | Updated: 03/01/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcSAx~