MISI BANTUAN SUKARELAWAN UPM TURUN PADANG HULUR BANTUAN DI PAHANG | Student Affairs Division
» NEWS » MISI BANTUAN SUKARELAWAN UPM TURUN PADANG HULUR BANTUAN DI PAHANG

MISI BANTUAN SUKARELAWAN UPM TURUN PADANG HULUR BANTUAN DI PAHANG

Universiti Putra Malaysia (UPM) menghantar Misi Sukarelawan Bantuan Mangsa Banjir terdiri daripada 60 pelajar dan staf lokasi banjir di sekitar daerah Pahang pada Program KPT Prihatin: Misi Kemanusian Pasca Banjir YB Menteri Pengajian Tinggi Bersama Mahasiswa IPT.
 
 
 
Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad turut hadir.
Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyantuni dua pelajar UPM yang terlibat dalam musibah banjir iaitu Nur Zamiah Mohd Anuar pelajar dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM dan Nurul Asyikin Mohd Shafullah dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS), UPM.
 
 
 
Menurut Nur Zamiah, beliau gembira dengan kehadiran sukarelawan UPM yang membantu membersihkan kediaman keluarga beliau.
“Saya bersyukur dengan bantuan pihak sukarelawan UPM dan berharap UPM akan terus membantu bukan sahaja saya malah komuniti setempat yang terkesan dengan bencana banjir,” katanya.
Nurul Asyikin berkata sebagai pelajar UPM beliau berasa berbangga dengan universiti kerana proaktif dalam aktiviti kesukarelawan.
 
 
“Dengan adanya bantuan dari sukarelawan UPM secara langsung membantu saya sekeluarga dalam proses pembersihan rumah dapat dilakukan dengan segera,” katanya.
Penglibatan pelajar UPM sebagai sukarelawan adalah selaras dengan hasrat Pelan Strategik UPM 2021-2025 pada Matlamat 1: Melahirkan watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang serta kesejahteraan komuniti setempat pada Matlamat ke-3: Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri Dan Masyarakat.
 
 
UPM mengalu-alukan sumbangan daripada warga UPM dan orang awam serta boleh menghubungi Sekretariat BOBB UPM, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah atau En. Khairul Jusoh@Yusof di talian 03-97697505 untuk menyalurkan bantuan.
 

Date of Input: 03/01/2022 | Updated: 03/01/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEQRAN~