Yan, 11 September - Pagi ini misi bantuan banjir UPM ke Yan, Kedah dimulakan dengan penyampaian bantuan peranti, sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada dua orang pelajar UPM iaitu Muhammad Aizam Mazlan di Taman Lembah Merbok dan Alya Najwa Abdul Mutalib di Pantai Murni Yan.
Misi Bantuan Banjir UPM di Yan dengan penyertaan 40 orang staf dan pelajar UPM telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu dua kumpulan untuk bantuan agihan sumbangan dan dua kumpulan lagi untuk bantuan tenaga sukarelawan.
Bantuan tenaga kumpulan sukarelawan UPM bertumpu di dua lokasi iaitu Masjid Jamek Badlisyah dan kolam air Kampung Rendang Pasir.
Date of Input: 13/09/2021 | Updated: 13/09/2021 | azhar.mahdzir
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan