Pada 27 - 28 Disember 2021, Universiti Putra Malaysia telah menghantar 63 orang sukarelawan termasuk pelajar dan staff. Antara lokasi yang yang di tuju selama 2 hari di Pahang iaitu, Taman Mentakab Indah, Kampung Batu Kapor, Perumahan Awam Kos Rendah, Bukit Rangin Aman, Paya Besar dan Teluk Mahang, Kuantan.
Aktiviti sukarelawan yang dijalankan iaitu membersihkan halaman rumah pelajar yang terkesan akibat banjir dan mengagihkan sumbangan keperluan makanan kepada penduduk setempat. Turut serta dalam misi ini iaitu Prof. Dr. Roslan bin Sulaiman Naib Canselor UPM, En. Zuhaimi Abd Rahman, Pengarah Pusat Islam UPM, En. Shahriman Hashim, Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)& En. Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
Terima kasih kepada semua warga UPM yang terlibat atas komitmen yang diberikan dalam misi ini.
Date of Input: 03/01/2022 |
Updated: 03/01/2022 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING