Majlis Ramah Mesra Ybhg TNC(HEPA) Bersama Warga BHEP | Student Affairs Division
» NEWS » Majlis Ramah Mesra Ybhg TNC(HEPA) Bersama Warga BHEP

Majlis Ramah Mesra Ybhg TNC(HEPA) Bersama Warga BHEP

9 Oktober 2020 –Majlis ramah mesra YBhg. TNC HEPA bersama warga BHEP telah diadakan di Ruang Legar BHEP dan ini merupakan perjumpaan kali pertama dengan semua staf.

Tujuan Majlis ini diadakan adalah sebagai sesi ramah mesra pihak pengurusan bersama staf bagi mengeratkan lagi ikatan ukhuwah dan silaturrahim di antara satu sama lain.

Di dalam ucapan beliau, YBhg. Prof. TNC HEPA turut menyatakan hasrat dan Hala Tuju beliau setelah menerajui HEPA iaitu untuk menjadikan HEPA yang terbaik. YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu telah di lantik sebagai Timbalan Naib Canselor (HEPA) yang baharu mulai 1 Oktober 2020.

Majlis yang serba ringkas ini telah dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan iaitu membuat penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.

 

Disediakan oleh: Puan Suzana Mior Mohamad Dwazi

Date of Input: 27/10/2020 | Updated: 27/10/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdCAB~