Majlis Apresiasi TNCHEPA | Student Affairs Division
» NEWS » Majlis Apresiasi TNCHEPA

Majlis Apresiasi TNCHEPA

25 Ogos 2020: Warga entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) hari ini meraikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Y.Bhg. Profesor Dr. Mohd. Roslan bin Sulaiman atas pelantikan beliau sebagai Naib Canselor oleh Menteri Pengajian Tinggi berkuatkuasa 1 September 2020.

Ketua Pentadbiran Pejabat TNCHEPA, Puan Noorizai Mohd Noor merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Prof. Roslan atas jasa dan bakti sepanjang menjawat jawatan TNCHEPA. Beliau juga berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan bagi memastikan UPM terus gah di persada Universiti Awam tanahair. Ucapan terima kasih dan tahniah juga dizahirkan oleh semua ketua entiti HEPA yang hadir pada majlis ini.

Dalam pada itu, Prof. Roslan mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan Menteri Pengajian Tinggi melantik beliau sebagai Naib Canselor UPM yang ke-9. Dalam ucapannya juga, Prof. Roslan amat terharu dengan komitmen semua entiti selama beliau memegang tampuk HEPA demi memastikan semua perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan. Beliau turut berharap dan mendoakan kesinambungan kecemerlangan HEPA di masa akan datang.

Program yang bertempat di Astaka Putra, UPM ini turut disertai dengan penyerahan cendera kenangan oleh wakil-wakil semua entiti HEPA kepada Profesor Dr. Mohd. Roslan bin Sulaiman serta sesi fotografi semua yang hadir.

Date of Input: 06/09/2020 | Updated: 06/09/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEYQAt~