Lebih 300 Pelajar Asasi Pulang Ke Kampung Halaman | Student Affairs Division
» NEWS » Lebih 300 Pelajar Asasi Pulang Ke Kampung Halaman

Lebih 300 Pelajar Asasi Pulang Ke Kampung Halaman

Serdang, 19 Julai 2021 - Beberapa foto yang sempat dirakamkan sepanjang proses penghantaran pulang pelajar UPM Fasa 1 yang melibatkan pelajar Asasi Sains Pertanian UPM dan pelajar Diploma UPM Kampus Bintulu.
 
Sejumlah 346 pelajar terpaksa kekal di kampus meski pun telah tamat pengajian pada 20 Jun yang lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan sejak 1 Jun 2021.
 
Rata-rata mereka semua sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk pulang menyambut hari raya Aidil Adha bersama keluarga. Sebahagian pelajar telah pulang bersama ibu bapa masing-masing mulai semalam bagi zon tengah apabila pengumuman kebenaran pergerakan telah dibenarkan susulan penamatan PKPD di negeri Selangor.
 
Manakala sebahagian besar yang lain bergerak pulang hari ini dengan 8 buah bas yang diselia oleh BHEP melibatkan zon selatan, zon utara dan zon pantai timur.
Setiap pergerakan kenderaan dipantau oleh seorang pegawai pengiring bagi memastikan pematuhan SOP selain membantu melicinkan pengurusan di mana-mana hentian, terminal atau sekatan jalan raya.
 
 
Pegawai pengiring yang dilantik ialah En. Mohd Zali Hamid, En. Zamzuri Zabidin, Dr. Elisa Azura Azman, En. Ahmad Ikram Shah Baharin, Pn. Siti Nur’Ain Feisal, En. Muhamad Fudhayl Omar dan En. Awang Famezan Awang Mohd Noh.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan kelicinan pengurusan pergerakan pelajar, khususnya para pentadbir kolej, felo-felo, MPP dan MPK Kolej Pendeta Zaaba dan Kolej 13 serta semua pegawai pengiring dan para pemandu.
 
 
Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dan dilindungi daripada sebarang wabak atau mara bahaya yang tidak diingini.
 

Date of Input: 19/07/2021 | Updated: 19/07/2021 | adidi

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZTAj~