Knowledge Travel PESUMA With Aboriginal Children | Student Affairs Division
» NEWS » Knowledge Travel PESUMA with Aboriginal children

Knowledge Travel PESUMA with Aboriginal children

Dengkil - Persatuan Pelajar Pembangunan Sumber Manusia (PESUMA), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Exco Pembangunan Insan  dengan kerjasama Jabatan Pemajuan Professional dan Pendidikan Lanjutan (JPPPL), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menganjurkan Program PESUMA Kembara Ilmu bersama Anak Orang Asli  2019 yang bertempat di Kelas Kaseh Sungai Buah, Surau Al-Ikhlas, Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Buah, 43000 Dengkil, Selangor Darul Ehsan. Program ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Kelas Kaseh yang merupakan sebuah agensi berpengalaman dan diiktiraf dalam membantu memberikan pendidikan kepada anak-anak orang asli.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada ahli PESUMA iaitu seramai 30 orang, manakala anak Orang Asli seramai 48 orang yang terdiri daripada pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Program PESUMA Kembara Ilmu bersama Anak Orang Asli 2019 ini dirasmikan oleh Dr. Siti Noormi Binti Alias, wakil penasihat PESUMA. Beliau berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Tujuan utama program ini adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan anak-anak orang asli Kampung Sungai Buah terutamanya dalam asas mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Di samping itu, program ini juga turut memupuk semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan ahli PESUMA sepanjang menjalankan program ini.

Oleh : PESUMA UPM

Date of Input: 25/10/2019 | Updated: 29/10/2019 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1574444848