BUAT KERJA KURSUS TERPAKSA PINJAM LAPTOP RAKAN SEBILIK | Student Affairs Division
» NEWS » BUAT KERJA KURSUS TERPAKSA PINJAM LAPTOP RAKAN SEBILIK

BUAT KERJA KURSUS TERPAKSA PINJAM LAPTOP RAKAN SEBILIK

 
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 6 Januari 2022 – “ Buat kerja kursus terpaksa pinjam laptop rakan sebilik “ kata Ahmad Danial Mohd Zamzuri, pelajar bacelor Sains Matematik dengan Kepujian tahun 1, Fakulti Sains UPM.
 
 
 
Turut berkongsi keadaan yang sama seperti Ahmad iaitu Khairul Hafifi Tajudin pelajar tahun 1 bacelor Ekonomi dengan Kepujian dari Sekolah Pernigaan & Ekonomi dan Azlini Hanni Kamarulzaman bacelor Sains Kimia dengan Kepujian dari Fakulti Sains pelajar tahun 2. Sesi penyerahan bantuan peranti komputer riba tersebut telah berlangsung di Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang diserahkan sendiri oleh En. Shahriman Hashim Ketua Pentabiran Pejabat (Timbalan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM) dan turut hadir sama iaitu En. Nuruliman Ibn Ibrahim Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
 
 
Komputer riba ini adalah sumbangan daripada Bursa Malaysia untuk golongan B40 yang memerlukan dan berjumlah RM3400 setiap satu laptop. Nasihat En. Nuruliman Ibrahim kepada pelajar yang menerima bantuan ini iaitu belajar elok-elok dan banggakan ibu bapa kita.

Date of Input: 10/01/2022 | Updated: 10/01/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEXVAy~