BHEP Sertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Antara PTJ | Student Affairs Division
» NEWS » BHEP Sertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Antara PTJ

BHEP Sertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Antara PTJ

UPM SERDANG: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) mempamerkan kreativiti dan inovasi kakitangannya dalam Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Antara PTJ UPM sempena Program Semarak Merdeka UPM 2020. Penyertaan pada kali ini menampilkan kelainan iaitu dengan pemilihan Astaka Seni sebagai lokasi penjurian untuk BHEP.

Sesi penjurian yang diadakan pada 3 September 2020 itu diketui oleh En. Husalshah Rizal Hussian. Menurut beliau, penjurian tahun ini agak mencabar kerana PTJ yang terlibat memberikan saingan yang sengit khususnya dari segi persediaan pertandingan dan kreativiti.

Delegasi juri turut disertai oleh Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Encik Abdullah Arshad dan dihiburkan dengan persembahan istimewa dari kakitangan BHEP antaranya persembahan nyanyian lagu tema hari kemerdekaan tahun 2020 Malaysia Prihatin oleh Encik Adidi Tamin dan Encik Hadi Samsi serta deklamasi sajak oleh Ketua BHEP, Encik Fahmi Azar Mistar.

Turut hadir pada sesi penjurian BHEP ini adalah Ketua Pentadbiran (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang baharu iaitu Encik Shahriman Hashim yang turut menyampaikan cenderahati kepada delegasi juri yang hadir.

Date of Input: 09/09/2020 | Updated: 09/09/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcWAc~