BHEP Rangkul Naib Johan Pertandingan Jalur Gemilang 2020 | Student Affairs Division
» NEWS » BHEP rangkul Naib Johan Pertandingan Jalur Gemilang 2020

BHEP rangkul Naib Johan Pertandingan Jalur Gemilang 2020

UPM SERDANG – Penantian dan debaran berakhir sebaik sahaja satu persatu keputusan yang diumumkan sepanjang program Semarak Merdeka 2020 Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-63 yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM.

 

Majlis pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para pemenang program ini diadakan pada 15 September 2020 bertempat di Foyer Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM. Pengumuman bagi Pertandingan Kibar Jalur Gemilang dalam program ini menyaksikan Pejabat Bursar dinobatkan sebagai Johan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM sebagai Naib Johan dan Kolej Pendeta Za’aba di tempat Ketiga.

Edisi Kedua Semarak Merdeka yang dianjurkan oleh PKKSSAAS ini menerima jumlah penyertaan menggalakkan dan juga memperlihatkan minat dan semangat patriotisme di kalangan staf dan pelajar UPM. Beberapa pertandingan yang dianjurkan antaranya Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Petandingan Pidato Negaraku, Pertandigan Fotografi Citra Merdeka dan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Semarak Merdeka 2020 disampaikan oleh Pengarah PKKSSAAS, Encik Abdullah Arshad.

Date of Input: 22/09/2020 | Updated: 22/09/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUVAc~