BHEP Prihatin Jejaki Pelajar Luar Kampus | Student Affairs Division
» NEWS » BHEP Prihatin Jejaki Pelajar Luar Kampus

BHEP Prihatin Jejaki Pelajar Luar Kampus

Seri Kembangan: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia meneruskan keprihatinan terhadap aspek kebajikan pelajar luar kampus menerusi Program Jejak Luar Kampus Siri 2 Tahun 2020 yang diadakan di sekitar kampus UPM dan berdekatan pekan Seri Kembangan, baru-baru ini.

Program kesinambungan daripada Ziarah Luar Kampus yang diperkenalkan pada 2017 ini melibatkan aktiviti ziarah dan sumbangan ke rumah pelajar luar kampus yang terpilih oleh pegawai dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM.

Pada program kali ini, sebanyak tiga buah rumah pelajar luar kampus UPM dikunjungi bagi menyampaikan sumbangan berupa bahan keperluan harian di samping turut beramah mesra bersama penghuni rumah berkenaan.

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih berkuatkasa, rombongan UPM sentiasa mematuhi SOP yang digariskan oleh Kerajaan dalam pelaksanaan aktiviti berkumpulan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Date of Input: 27/10/2020 | Updated: 27/10/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W1VMDTYf:19:24